Monday, 12 May 2014

SOFT SHELL CRAB (KETAM LEMBUT) WITH NEW PACKAGING

Soft Shell Crab kini didatangani dengan pembungkusan baru. Harga RM25/pax ada 5 ekor ketam. Jika anda berminat untu menjadi pengedar ketam ini sila hubungi saya. Kadar keuntungan kompetatif ditawarkan kepada yang berminat.

RM25 per pax

Friday, 21 March 2014

MADU KELULUT ASLI

Saya nak berkongsi pengalaman menggunakan Madu Kelulut Original Jenama Syamille dari Kuala Kangsar, Perak. Madu adalah makanan terbaik sejak zaman Rasulullah lagi. Saya ada masalah gout dan pada tahun 2013 boleh dikatakan setiap bulan saya akan kena serangan gout. Tak boleh nak kawal makanan menyebabkan saya kena serangan.
 
Lebih kurang bulan November 2013, jiran saya yang juga adalah masalah gout sarankan saya untuk mencuba madu kelulut. Katanya abangya yang ada masalah gout dan apabila menggunakan madu kelulut telah tidak lagi kena serangan gout. Saya pun mula membuat sedikit research dan bertemulah dengan Madu Kelulut Syamille.
 
Sejak saya menggunakan sekilo madu ini, Alhamdulillah saya tidak lagi kena serangan gout mulai bulan Disember 2013 sehinggalah sekarang. Saya yakin bahawa madu ini asli kerana semasa di kampong saya pernah mencari madu kelulut dan merasanya dan saya dapati rasa dan tekstur 
adalah ori.
 
Saya juga gunakan madu ini untuk anak-anak saya yang batuk, berkahak dan berhingus dan Alhamdulillah apabila minum mereka sembuh. Ini semua dengan izin Allah juga. Sekarang saya sekeluarga menggunakan madu ini dan menyimpan stok yang banyak kerana madu asli tidak mempunyai tarikh luput. Jika nak tahu lebih mengenai produk ini boleh ke http://kelulutmalaysia.blogspot.com/.
 
Kalau sesiapa nak mencuba boleh hubungi saya di 0132700462. Harga sekilo RM120.00.
 
 

Wednesday, 8 January 2014

SOFT SHELL CRAB 2014

Semalam aku tertengok rancangan yang memaparkan kehidupan belakang tadbir Nik Mikel bekas peserta Masterchef Malaysia. Program itu memaparkan beliau yang mengendalikan restorannya bernama PickNik dalam proses pembahruan menu-menu di bakal diperkenalkan kepada pelanggan. Apa yang menarik salah satu menunya adalah nasi lemak bersama deep fried soft shell carb. Nampak memang sodap je rasanya. Teringin pulak nak masak menu ini.
ketam lembut
Soft shell crab memang sedao kalau dimasak deep fried bersama tepung. telah beberapa kali isteri masak memang anak-anak yang berebut menghabiskannya.  Isinya yang penuh, lembut dan manis membangkitkan selera kita.


Kalau ada sesiapa yang teringin nak merasa soft shell crab boleh hubungi saya di 0132700462 untuk mendapatkannya. Sekarang menjadi pengedar di sekitar kawasan bangi/kajang/putrajaya. Saya tidak mempunyai kedai just menjual secara sambilan door to door.

Kalau kepada peniaga yang mahu mendapatkan dalam kuatiti yang banyak dan konsisten boleh saya usahakan. Harga boleh dibincangkan sekiranya mengambil dalam kuntiti yang banyak.

Ketam ini saya ambil daripada Kuala Gula Perak. Ianya fresh dari laut terus dihantar kepada saya dan terus kepada para pelanggan yang menempahnya.



Tuesday, 7 January 2014

AZAM TAHUN 2014 / 1435 HIJRAH

Tahun 2014 telah menjelang tiba dengan meninggalkan tahun 2013. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Usia terus meningkat tanpa dapat disekat. Kematian semangkin menghampiri tanpa kita sedari. Pada tahun baru sering orang bercakap mengenai azam baru....aku nak kaya... aku nak naik pangkat .... aku nak beli rumah ... aku nak beli kereta dan sebagainya.

Azam kita hanya berlegar sekitar hal-hal keduniaan. Adakah tidak kita sedari bahawa alam dunia ini sementara dan akhirat adalah kekal abadi. Azam untuk mendapat kebahagiaan akhirat itulah yang paling utama dan kehidupan didunia ini sepatutnya menjadi batu loncatan untuk kita mencapai azam yang hakiki.

Usia semakin naik...
Badan semakin lemah...
Kederat semakin kurang...
Rupa semakin kendur...
Ingatan semakin lemah...
Mata semakin kabur...
Telinga semakin pekak...
Gigi semakin longgar...
Rambut semakin putih & gugur...

Itu tanda-tanda dah semakin TUA. Walapun pun tua jangan dirisaukan itu ada dunia. Yang penting hati tenang, iman kuat dan bertaqwa kepada ALLAH. Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadi mukmin yang terbaik dan menambah tahap keimanan kita.

Wassalam..