
Menurut berita, ayam telah digoreng sehari awal sebelum hari kenduri dan disimpan di dalam suhu bilik. Ini menyebabkan ayam tersebut telah tercemar dengan bakteria Salmonella. Ketika hendak masak keesokan harinya, ayam tersebut telah pun berbau mungkin ianya dimasak 3/4 masak. Tetapi tuan rumah mengarahkan supaya dimasak juga ayam tersebut kerana takut lauk tidak cukup. Akibatnya ramai yang terkena keracunan makanan sampai melibatkan kematian. Lain kali tuan rumah kena lah bertanggungjawab jangan melihat kesan jangkasa masa pendek tetapi kesihatan dan kebersihan makanan hendaklah diutamakan.
Pada tahun ini 2 kali aku terkena keracunan makanan apabila pergi makan kenduri kahwin dan kedua-duanya disebabkan oleh menu ayam masak merah. Kali pertama pada awal tahun, apabila aku pergi ke kenduri di rumah sepupu. Aku makan lauk ayam masak merah dan sebelah malam terus sakit perut. Tetapi sakit perut aku tidak teruk hanya pergi ke tandas 2-3 kali saja dan sembuh.
Kali kedua aku pergi kenduri rumah sebelah pengganti lelaki yang kahwin dengan sepupu juga pada bulan Ogos lalu. Aku makan ayam masak merah juga kerana menu itu memang kesukaan aku. Masa makan ok jer,,sodap rasanya cam tak ada apa-apa yang tidak elok. Apabila malam menjelma aku dah mula sakit perut yang amat sangat. Malam itu sahaja 10 kali aku berulang alik ke tandas. Selang 30-60 minit sakit balik. Emak dan adik aku juga sakit tetapi mereka tidak teruk. Pagi keesokkan harinya 3-4 kali lagi aku ke tandas dan masih sakit perut.

Lenkali tukar menu ayam masak kicap mungkin ok kot..hehe..'ala kulli hal..terjadinya sesuatu peristiwa adalah bersebab..ada hikmah disebaliknya, utk kita2 yang tak terlibat jadikan pengajaran, utk keluarga mangsa, yakinlah..ajal maut ketentuanNYa, ayam masak merah sebagai asbab...wallahu a'lam...
ReplyDeleteTapi pada masa yg sama jgn kita menjadikan takdir untuk kita mengelak drp bertanggungjawab terhadap perbuatan kita.
ReplyDelete