Friday 25 October 2013

KUTBAH JUMAAT : HAK SESAMA ISLAM

Hari ini sembahyang jumaat di ISTAC. Tiba2 si Dato' Saleh NFC mai duduk di sebelah aku. Sama-sama la mendengar khutbah. Tapi dalam pikiran bengang juga kat mamat ni. Guna duit rakyat untuk kepentingan keluarga sendiri. Kena pulak dengan topic khutbah hari mengenai hak antara saudara Islam.
 
Tok Khatib pula rasanya orang Filipina. Bahasa Inggerisnya kejab aku faham, kejab aku tak berapa nak paham. Tapi antara isi khutbah yang aku dapat hari ini untuk perkongsian sesame kita adalah seperti berikut:
 
  • Sebagai orang Islam kita mesti menjaga hak saudara Islam kita yang lain. Hak dari segi nyawa, harta benda dan maruah. Haram bagi org Islam membunuh, menggunakan atau mengambil harta saudara Islamnya serta haram juga menjatuhkan maruh sudara Islamnya. Kita mesti menjaga hak org Islam sebagaimana kita menjaga hak kita dan begitu jugalah sebaliknya.
 
  • Semasa Hijrah, Rasulullah telah mengeratkan hubungan sesama saudara Islam yakni antara kaum muhajirin dan Ansar. Walaupun kaum Ansar menawarkan pelbagai keistimewaan kepada kaum Muhajirin tetapi mereka tidak pernah mengambil kesempatan. Sebagai contoh sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Auf yang ditawarkan sebahagian harta oleh kaum Ansar tetapi beliau menolaknya dengan baik dan bersikap untuk mencari sendiri harta dengan berniaga.
Kalau melihat apa yang berlaku sekarang, org Islam saling berbunuhan, saling menindas antara satu sama lain dan mencemar maruah saudara seIslamnya. Sekejab tadi baik punya dengar khutbah tetapi ianya tidak memberi kesan kepada Jemaah. Aku cakap begini kerana sewaktu habis je solat masing-masing berebut nak keluar daripada masjid. Org bagi signal minta laluan nak keluar langsung tidak diendahkannya. Ini baru bab keluar parking pun dah tak boleh bertolak ansur apakah lagi bab bab yang lebih besar.
 
Ya..Allah kau berilah keimanan kepada semua umat Islam di dunia ini supaya lebih menyayangi antara satu sama lain dan bab kata pepatah cubit paha kiri paha kanan pun terasa. Janganlah kita menjadi org Islam yang pentingkan diri. Aku juga beri peringatan ini kepada diri aku.
 
Wallahualam....

Wednesday 23 October 2013

UITM SHAH ALAM, MENGIMBAU ZAMAN STUDENT

Hari ni pi buat latihan amali di lab fakulti sains gunaan uitm. Dah lama aku meninggalkan uitm sejak tahun 1999. Banyak sungguh pembangunan yg telah berlaku. Memang krem dan jem uitm la ni. Tapi yg plg ketara ramai pompuan drp laki laki. Baik student mau pun lecterur pompuan yg ramai. Mana pi jantan ni woi.

Tapi budak skrg memang kurg ajaq. Pemandu aku hon budak ni tepi jln. Gamaknya terkejut dlm aku dok bertanya jln bolh dia ckp fuck. Aku pun terkedu dan perhatikan saja budak ni. Kalau ikutkan perasaan memang mampuih aku tampq budak ni. Tapi kita yg dewasa ni kenalah tunjuk teladan yg baik. Sabaq ja aku.

Walaupun dudk dalam 3 jam kat uitm rasa cam muda kembali. Cam nak belajaq balik ja. Tapi kenalah buat persiapan fizikal dan mental. Haha cam nak masuk acara sukan la pulak. Hari ni rasa x sehat, balik awai lepak2 baring2. Rasa seram sejuk la pulak badan ni.

Monday 21 October 2013

AKTIVITI HARI MINGGU

Pagi hari minggu ingat nak pi panjat bukit broga. Tapi tak jadi sebab petang semalam hujan. Kalu pi juga sure bermain dengan selut dan trek pun licin. Pagi ahad tukaq plan pi pasar borong selangor beli stok ikan untuk 2 minggu. Minggu ini dilaporkan ikan2 semua dalam keadaan baik dan harga berpatutan. Lepas beli ikan singgah nursery beli pasu, tanah dan polibeg. Projek pagi ini juga adalah gardening.

Lepas gardening lebih kurang 2 jam, hasil agak memuaskan. Pokok dibaja, disiram, disemai dan ditrim dgn baik. Dalam dok sembang2 dgn bini,,ingat nak buat kolam ikan la pulak. Sama ada nak buat sendiri atau upah indon. Kalau buat sendiri setahun baru siap gamaknya. Kalau upah 2 ke 3 minggu boleh siap. Berapa la pulak budgetnya, nak kena panggil quotation la nampaknya. Sebelum tu kena lakar dulu pelan kolamnya.

Tapi yg penting ada budgetnya. Kalau mahal sgt tak jadila... nak kena bentang belanjawan dulu. Esok dah kerja, rasa cam tak cukup je cuti 2 hari. Bila la nak dapat kerja 4 hari cuti 3 hari, baru dapat habiskan masa lebih untuk keluarga.

ADAKAH HIDUP INI UNTUK BEKERJA SEMATA MATA

Ada sesetengah kita begitu suka sangat bekerja. bos memang suka dengan pekerja yg suka bekerja keras tanpa menggira waktu rehat, cuti dan sebagainya. Sering juga kita dengar bos2 kita minta kita bekerja kuat untuk maju dalam kerjaya. Kalau boleh hari cuti pun mai kerja.

Adakah kita hidup ini matlamatnya adalah untuk bekerja dan mencari rezeki sahaja. Apa yg aku belajaq dan dengar ceramah agama, matlamat hidup kita adalah mencari bekalan untuk capai kebahgiaan akhirat. Adakah dengan kita bekerja kuat siang malam tanpa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain memadai untuk bekalan akhirat. Kita ini ada berbagai peranan selain peranan sebagi pekerja. Kita ada peranan sbg hamba Allah, suami, ibu, ayah, anak, jiran, rakan, anak saudara dan sebagainya.

Jadi kerja itu bukanlah matlamat hidup kita semata2 tetapi adalah kelangsungan hidup untuk dapatkan rezeki supaya kita dapat memainkan peranan kita yg lain. Kita ada tanggungjawab lain selain bekerja. Sebagai bos atau org atasan kenalah faham dan bagi ruang kepada pekerja mereka untuk menjalankan tugas lain selain  kerja sahaja.

Ada kes dimana ibu bapa sibuk bekerja sehinggakan tidak sempat melihat dan mengambil berat mengenai hal keluarga dan anak2. Lebih menyedikan lagi apabila anak2 pun tidak ambil peduli mengenai ibu bapa mereka. Kita mungkin berjaya menjadi pekerja yg baik, bagus dan cemerlang. Tapi bagaimana pula anak2 kita. Bagi aku jika anak2 gagal untuk menjadi hamba Allah yg baik adalah kegagalan kepada kita. Oleh itu Islam minta kita bersederhana dalam  semua benda, jgn terlampau extreme.

Aku tulis entry ini adalah sebagi pencetus kepada kita untuk berfikir. Mungkin apa yg aku tulis ini tidak dipersetujui anda diluar sana. Tetapi anda harus percaya bahawa akhiratlah matlamat hidup kita yg sebenar benarnya. Kerja keras tak salah tapi harus ada batasnya. jangan sokmo dok kerja keras aje, tapi bendai lain tidak dibuat.
 
 

Friday 18 October 2013

BURGER SOFT SHELL CRAB TERBAIK

Burger ketam yang lazat hasil masakan bini tersayang. Kalau aku buat lagi sedap kot hehehe jangan marah yang melawak jer.. Nak tahu resepinya :
 
1. soft shell crab
2. tepung tempura
3. serbuk roti
4. mayonis, sos, salad, bawang
5. roti burger
 
caranya :
 
Bersihkan ketam dengan buangkan insangnya, kulit pelipat belakangnya dan potong bahagian muka/mataya. bersihkan dengan air bersih.

 
 
Salut ketam dengan tepung tempura, kemudiannya dengan serbuk roti. Lepas tu goreng (deep fried) sehingga kekuninggan.

 
 
Roti burger disapu mentega dan dibakar sekejab. Letakkkan salad, bawang, mayonis dan sos. Letakkan ketam yg digoreng dan tutup dengan roti di lapisan atas. Kalau nak boleh letak sos dan mayonis lagi.
 
Siap untuk dinikmati. Bapaakkk sedapnyer.

 
 
Nak stok soft shell crab sila sms saya di 0132700462. Stok raya haji baru masuk. Siapa cepat dialah yang dapat.
 
 

KETAM LEMBUT

Aku baru balik daripada Kuala Gula, Perak pada raya haji baru-baru ini. Aku bawa bersama stok ketam lembut yang fresh daripada laut Kuala Gula. Pada sesiapa yang mahu rasa keenakkan rasa ketam lembut ni bolehlah sms aku di 0132700462 untuk dapatkan stok. COD bangi/kajang/putrajaya/jln duta KL. Stok adalah terhad memandangkan permintaan yang tinggi sempena cuti raya haji. sekilo RM40 sahaja...lai..lai..lai


Thursday 17 October 2013

EKSPEDISI MEMBAKAR LEMAK-LEMAK DI BADAN

Memandangkan semalam aku masih bercuti rehat, maka untuk mengisi masa yg ada aku ajak isteri pi membakar lemak dengan mendaki bukit Broga di Semenyih. Niat dihati nak mendaki gunung terus. Memandangkan ini kali pertama mendaki selepas rehat panjang dan ajak isteri sekali, jadinya naik bukit je lah dulu. Ini first time aku pi naik bukit broga.

 
 
Sampai di kaki bukit kena parking dalam ladang sawit dan kena bayar parking RM2. Tuan tanah kedaun kenakan bayaran parking sebab letak kereta kat tanahnya. Aku sampai jam 8.00 pagi, kebanyakkan org dah turun. Gamaknya depa naik jam 7.00 pagi kot. Trek naik bukit broga ni adalah trek tanah merah. Treknya teduh dan sedikit mencabar untuk first timer. Baru mendaki 10 minit bercucuran peluh membasahi baju. Sang isteri naik merah muka-muka hahahaha..kata nak turukan berat badan inilah kaedahnya.
 
Sampai ke atas bukit broga dah panas terik. Jam baru pukul 8.30 pagi. 30 minit aja dah sampai atas bukit ni dengan jarak lebih kurang 1.7km. Jadilah untuk kali ini, next time boleh pi jauh lagi ke gunung apa ntah namanya selepas bukit broga ni. Berjalan turun sekejab je dah sampai. Tapi lutut mau kuat kalau tak boleh tersungkur la juga.

PISAU SEMBELIH, PISAU MELAPAH & BATU PENGASAH

Pada raya korban tahun ini aku melapah menggunakan pisau lapah pemberian abang long (abd ipar). Dapat pisau free ambil jelah. Aku guna melapah lembu pada raya korban tempoh hari. Pisaunya tajam tetapi aku tak berapa sedap guna sebab bentuk pisaunya tidak kena dengan gaya melapah aku. Ketajamannya memang puas hati.

pisau melapah
 
 
Ketajaman pisau dapat maintan sebab aku baru je beli batu pengasah gred a buatan England. Batu ini memang sedap apabila digunakan kerana ia tidak makan mata pisau. Sekejab je asah dah tajam pisaunya. Batu ini aku belia drp abg long. Dia beli di Pekan Cina Aloq Staq. Aku memang suka guna batu pengasah ni, memang terbaik.

batu asah buatan england
 

Aku juga telah membeli sebilah pisau sembelih jenama mundial buatan Brazil. Pisau jenis ini telah digunakan abg long untuk sembelih binatang. Prestasinya baik walaupun ianya gred no.4 dalam carta pisau sembelihan. Carta no. 1 jenama Victorinox buatan Switzerland. Harganya mahal jika dibandingkan dengan pisau Mundial. Aku beli pisau tu RM70.00 sementara abg long beli siaz yg sama jenama victorinox RM190.00.

pisau sembelih jenama mundial


Pada sesapa yg nak beli pisau melapah dan sembelih boleh dapatkan di kedai borong di tepi jalan utama Pekan Cina, Alor Staq Kedah. Nama kedai yg aku beli pisau ini aku lupa tetapi dia jula murah berbanding kedai-kedai lain.

 

 

Tuesday 15 October 2013

RAYA DI BANDAR BANGI

Tahun ni pertama kali raya di bangi. Ramai juga yg tak blk kg. Surau penuh dgn jemaah utk solat sunat raya haji. Alhamdulillah selamat menunaikan solat dan bersambung utk korban      

4 ekor lembu telah disembelih. Aku tak blk kg sebab join masuk korban. Hari ini memang penat berlawan dgn lembu utk tumbangkannya. Setelah 4 jam semuanya selesai. esok masih cuti dan dok pikir apa aktiviti esok. Salah satu aktiviti esok nak buat ic baru. Harap esok x ramai org. Ngantuk dah ni,,,, bye

Wednesday 9 October 2013

ARWAH ABAH DALAM KENANGAN

Tanggal 09.10.2013, genap 4 tahun arwah abah meninggalkan aku dan keluarga menemui yang Maha Esa. Aku ada empat adik beradik dan emak tinggal dengan adik ketiga dan adik bongsu di kampung. Aku hanya sempat mempunyai seorang abah hanya untuk tempoh 31 tahun.  Arwah abah seorang yang tegas, penyayang, kelakar dan bertanggungjawab. Aku merupakan anak yang sulong dan ketika aku kecil arwah abah dan emak bersusah payah menjagaku sehingga aku dewasa.
 
Arwah abah adalah seorang bekas tentera. Selepas berhenti daripada tentera darat, arwah abah bekerja sebagai jaga (pengawal keselamatan) di sebuah sekolah berasrama penuh di Taiping. Ketika aku kecil, emak juga bekerja dengan mengambil upah menoreh pokok getah. Kadang kala dibantu oleh arwah abah jika beliau bekerja shiff petang atau bercuti. Jika arwah abah tidak tolong emak menoreh, beliau akan memasak nasi dan lauk di rumah. Masakan arwah abah sedap dan makanan kegemarannya adalah kari ikan.
 
Arwah abah seorang yang tegas. Jika beliau larang aku daripada buat sesuatu dan aku buat juga pasti akan kena hukuman. Ini kerana latarbelakangnya sebagai seorang tentera mempengaruhinya dalam menguruskan keluarga di rumah. Jika aku kena pukul kerana melanggar larangan, pasti beliau akan pujuk dan menciumku kemudiannya. Sebagai kanak-kanak, jika dipukul tanda dibenci dan jika dipeluk dan di cium tanda sayang. Arwah abah jarang bermanja denganku ketika zaman mudanya. Jadi aku jadi gerun untuk mendekatinya. Semua masalah dan keperluan aku minta daripada emak. Emak akan jadi orang perantaraan.
 
Arwah abah seorang yang kelakar. Beliau mempunyai banyak kawan. Ini aku dapat lihat ketika beliau meningga dunia, begitu ramai kawannya dari merata tempat datang menziarahi jenazahnya. Ketika hidup beliau amat disenangi oleh keluarga dan kawan-kawannya. Beliau yang menceriakan suasana di rumah.
 
Arwah abah seorang yang penyayang. Aku masih ingat ketika aku mendapat anak yang pertama, abahku antara orang yang gembira. Namun anakku lemas ketika lahir dan hidupnya tidak menangis, tidak bergerak dan makan melalui tiub. Itu kehendak Allah, aku dan isteri redha dengan ujian yang diberikan. Ketika aku dan isteri terpaksa menghantar anak istimewa ini untuk dijaga oleh arwah abah dan emak, mereka menjaganya dengan gembira. Anakku dibelikan pakaian dan dibawa berjalan-jalan seperti anak-anak normal yang lain. Hatiku tersentuh dengan sikap penyayang mereka terutama arwah abah yang sering bercerita mengenai anakku ketika beliau menjaganya. Namun Tuhan juga menyayangi anakku ini dan beliau telah meninggal dunia ketika umurnya genap 10 bulan.

Arwah abah mengajar aku erti peranan seorang ayah. Bukan setakat mencari rezeki bagi keperluan keluarga, dia juga membantu emak dengan kerja-kerja rumah. Dia tidak kekok untuk membantu emak membasuh & menjemur baju, menyiang ikan, memasak dan menjaga anak-anak. Aku secara tidak langsung telah terikut dengan perlakuannya membantu isteri di rumah. Oleh sebab itu, aku suka memasak, suka mengemas rumah dan suka melakukan kerja-kerja menyelenggara rumah seperti baiki paip rosak, mesin rumput, mengecat rumah dan sebagainya. Itu antara ilmu berharga yang diajar oleh arwah abah supaya bergantung kepada diri sendiri dan  jangan asyik mengharapkan orang.

Pada hari arwah abah mahu meninggalkan kami sekeluarga, beliau telah menelefon aku pada waktu pagi selepas waktu subuh. Ketika itu aku sedang bersiap untuk pergi bekerja. Arwah abah mengadu yang beliau sakit perut dan mahu ke klinik bersama emak untuk buat pemeriksaan. Aku hanya memberi dorongan dan motivasi untuk beliau ke klinik. Tidak pernah beliau menelefon aku seawal waktu pagi begitu. Ketika jam 4.00 petang, adik bongsuku menelefonku mengatakan abah jatuh daripada kerusi dan aku minta beliau tolong abah. Kemudiannya, adikku menelefonku dan mengatakan abah sudah meninggal dunia. Aku menjadi kelu dan terkedu dan tidak menyangkan apa yang berlaku hanya dalam sekelip mata. Aku bergegas balik ke rumah dan menunggu isteri di rumah untuk balik ke kampong.

Semenjak kematian abah, rumahku menjadi sunyi dengan lawak tawanya. Sejak dari itu aku sentiasa berdoa dan memohon daripada Illahi supaya diampunkan segala dosa-dosa abah dan rohnya dimasukkan ke dalam syurga. Selagi aku bernafas, selagi itu aku akan berdoa, bersedekah dan membaca Al Quran untuk arwah abah. Itu sahaja yang dapat aku lakukan untuk arwah. Aku berharap, anak-anakku juga akan melakukan sedemikian kepadaku kelak. Moga roh arwah abah dicucuri rahmat...Aminnnnnn...
 
 
 

KETAM LEMBUT (SOFT SHELL CRAB) KUALA GULA, PERAK.

Sudah lama aku dok mencari untuk membeli ketam lembut yang fresh. Alhamdulillah Allah kabulkan dan aku telah beli 20kg untuk keluargaku dan kawan-kawan. Ketam ini memang lembut kulitnya dan dapat dimakan semuanya sekali. Subahanallah, indah dan unik ciptaan Allah untuk kita nikmatinya.

Ketam Lembut (soft shell crab)
 
Harga ketam ini aku jual RM40 sekilo. Dalam sekilo ada dalam 10 ekor ketam dan kita dapat makan sekilo ketam. Jika kita belia ketam biasa dengan harga RM25 sekilo tetapi, kulitnya yang keras kita tidak dapat makan. Jika dikumpul isinya mungkin adalah 300 gram sahaja.
 
Jika kita makan ketam lembut ini di restoran harganya RM7-RM8 seekor dan jika 10 ekor jumlahnya RM70-RM80. Beli fresh cuma RM40 sekilo. Jika ada yang berminat sila email saya di krezam78@gmail.com atau sms ke no. 0132700462. COD area bangi/kajang/putrajaya/jalan duta kl. Ketam ini kena tempah dahulu. Sebab pembekalnya hanya di Kuala Gula, Perak  dan kena tunggu ketam salin kulit baru boleh diambil. Buat masa sekarang saya ada lagi stok dalam 12kg, siapa cepat dia dapat.

Monday 7 October 2013

KISAH TIRAMISU ISTERIKU

Sejarahnya bermula tahun lepas apabila aku dok bersembang dengan kawanku Apai. Apai ni seorang chef pernah kerja di Paparich, Hotel dan beberapa buah restoran lagi. Ntah cam mana satu hari dia dok cerita pasal tiramisu yang dia buat. Aku dengar cam sedap jer rasanya dan terbayang-bayang rupayanya. Padahal pertama kali aku terdengar nama tu.
 
Apabila aku balik ke rumah dan aku pun cakap kat isteriku, boleh tak dia buat tiramisu. Dia cakap insyallah boleh, sebab dia pun tahu pasal kek tu. Lagipun dia memang suka dok buat macam2 kek dan lain2 kuih muih moden dan tradisional.
 
Pertama kali buat, rasanya ok, sedap. Lama-kelamaan rasanya bertambah sodap dan mendapat pujian jiran dan rakan. Minggu lepas, aku minta dia buat sample tiramisu untuk bawa ke pejabat. AKu just nak try market je hehehe. Bukannya apa cuma nak berkongsi kesedapan rasa tiramisunya dengan rakan sekerjaku. Alhamdulillah, ada yang berminat dan order.

Tiramisu yang dipesan
 
Petang semalam isteriku masih dok sibuk buat tiramisu kerana kawan-kawannya pula yang oder. Jual pun tidaklah mahal, cuma suka-suka untuk berkongsi dengan orang lain. Dapat balik modal pun dah dikira ok. AKu just tolong sikit2 dan memberi semangat jer. Harap-harap dia berjaya dengan tiramisunya.
 
 
 
 

SAYU, SEDIH, TERHARU, GERAM

Pagi aku merasa sayu dan sedih apabila membaca berita di Harian Metro Online mengenai seorang insan bernama Abdul Hadi Abd Halim yang terlantar di rumah. Beliau yang baru berumur 19 tahun telah kehilangan separuh tempurung kepalanya dan hanya mampu terbaring dan makan minum melalui tiub.
 
 
Aku juga merasa terharu dengan pengorbanan ibunya yang menjaganya dengan penuh kasih sayang tanpa merasa sedikit pun ianya merupakan satu bebanan. Ibunya tidak bekerja hanya menerima pencen arwah suami dan bantuan daripada JKM berjumlah RM300 sebulan. Sementara kos untuk menguruskan anaknya itu berjumlah RM1000 sebulan. Berita penuh boleh baca di sini http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Separuhkepalahilang/Article/index_html
 
Ini adalah salah satu kisah kesusahan saudara seIslam kita yang menderita akibat kemalangan. Lihatlah jumlah bantuan yang diterima oleh JKM hanya RM300 sebulan. Dengan kos yang meningkat sekarang, wang tersebut hanya dapat membantu sedikit sangat untuk keluarga ini. Sepatutnya tambahlah jumlah bantuan mengikut kes-kes. Jika kes kronik, suami pula dah meninggal dan ibu tunggal pula tidak dapat bekerja kerana menjaga anak, jumlah bantuan kena lah bagi lebih. Dipohon supaya pihak kerajaan dan Baitulmal memandang serius perkara ini dan membantu keluarga ini dan orang-orang yang lain.
 
Setiap tahun kita asyik membaca Laporan Audit Negara yang menceritakan pelbagai jenis pembaziran wang negara yang berjumlah ratusan jutaan ringgit. Sampai bila perkara ini harus dihadapi oleh rakyat Malaysia. Alangkah baiknya wang itu dapat digunakan untuk membantu golongan-golongan yang susah seperti keluarga diatas.
 
Setiap tahun jumlah pembayar zakat dan terimaan duit zakat bertambah. Namun bertambah juga kita membaca dan melihat orang-orang Islam yang susah tidak dapat bantuan. Sepatutnya tidak ada lagi orang Islam yang menderita dan hidup melarat tidak mempunyai rumah dan makanan di dengari. Sesuatu mesti dilakukan.
 
Wassalam
 
 
 
 

Friday 4 October 2013

KHUTBAH JUMAAT : THE TRUE SERVANT

Today I would like to share the khutbah jumaat be delivered by khatib. To be a true Allah's servant you must behave and doing something according to Allah's ways. What Allah ask you to do you must do and what Allah prohibit you to do you must leaved it. Don't let syaitan control you.
 
To be a true servant also you must always fear of Allah and be conscious to Allah every where you are. To increase you level of iman, you must also increase your takwa to Allah. Anything you do, you must set in your mind that Allah is watching you. If you want to do something bad, you must be in your mind the Allah painful punishment. If we want Allah loves us, we must loves Allah first.
 
To be a true servant everything is come out from you must be a good thing. The true servant must do a good thing and avoid the bad thing. Even though someone give you a bad thing you must reply with a good thing. Because Allah want us to behave like that. This is something is hard to do but if we want to be a true Allah Servant we must determined to do that.

Lastly, Allah loves His servant to beg pardon from Him. Allah loves to hear our groaning for forgiveness during night. All of us have sin. We are not 'maksum'. If we want to be in paradise, that is our duties to request for forgiveness from Allah. We must determined to wake up for tahajud. Let us pray for Allah to give us the hidayah for us to increase our iman, be grateful upon Him, always remember Him and praise upon Him.
 
 

PEMIKIRAN DITAKOK LAMA

Aku menghadiri meeting hari ini. Aku hanya wakil bosku yang bercuti. Aku hanya melihat dan mendengar perbualan ahli-ahli mesyuarat yang lain. Apa yang aku nak kongsikan adalah, pemikiran kebanyakkan kita sebenarnya tidak mengikut kehendak agama dan ulama' terdahulu.
 
Apabila melibatkan pihak VVIP, budget makan mesti dinaikkan untuk menjaga status VVIP tersebut dan imej organisasi. Tidakkah mereka berfikir bahawa duit yang digunakan adalah duit rakyat. Adakah duit itu wajar digunakan untuk golongan atasan makan mewah-mewah sedangkan ada saudara seislam dengan kita susah dan menderita di luar. Yang tidak ada rumah, yang tidak ada pekerjaan, yang ada penyakit kronik itu adalah lebih aula' di tolong drp hanya membayar kos yang mahal untuk makanan golongan VVIP. Manusia adalah sama disisi Allah. Tidakkah kita malu menggunakan duit awam untuk kemewahan kita sedangkan org lain bersusah payah menyumbangkan duit tersebut.

Apabila kita membaca kisah pemimpin terdahulu seperti Rasulullah SAW, Khulafa Ar Rasyidin, Umar Abdul Aziz betapa mereka menjaga harta negara demi untuk kepentingan orang awam dan bukannya untuk kepentingan dan kemewahan golongan bangsawan. Itulah iman dan akhlak pemimpin yang takutkan Allah dengan pemimpin yang gilakan dunia.
 
Aku hendak bersuara tetapi ada beberapa org lain yang berpikiran seperti aku tetapi ianya ditolak. Menghormati org bukannya hanya pada memberi makanan yg mewah-mewah. Kadang2 hanya perlukan senyuman dan ramah kita melayannya. Gunalah duit rakyat untuk tujuan yang lebih aula drp untuk keseronokkan golongan tertentu.
 
Wallahualam....

JANGAN POTONG BULU DAN KUKU JIKA BERKORBAN

Pagi tadi sedang memandu dan mendengar radio IKIM FM. Ada seorang Ustaz menyakan bahawa jika mengikut hisab hari ahad ini adalah 1 Zulhijjah. Oleh itu disunatkan kepada orang yang hendak melakukan ibadah korban supaya jangan memotong kuku, rambut, janggut atau bulu-bulu yang lain bermula awal Zulhijjah sehinggalah selesai ibadat korban kerana Allah SWT akan merdekakan semua anggota badan.
 
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Dzulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya.”.
(Hadith Riwayat Muslim)
 
Suka diingatkan supaya kita memotong kuku, rambut, janggut, misai, bulu air-ari dan lain-lain selewat-lewatnya esok yakni hari sabtu 5.10.2013 bersamaan 29 zulkaedah 1434 Hijrah. Sekiranya kita hendak membuat korban maka disarankan supaya kita juga mengambil kesempatan untuk menambah dan merebut lebih pahala terhadap perkara-perkara yang sunat.

wassalam...

Wednesday 2 October 2013

PENGALAMAN KERACUNAN MAKAN DI KENDURI

Kita merasa sedih apabila 4 orang kampung yang pergi ke majlis kenduri kahwin sebuah rumah pengantin di Kampung Huma, Tangjung Dawai, Sungai Petani, Kedah telah meninggal dunia. Manakala beratus yang lain mengalami keracunan makanan. Niat mereka untuk memenuhi jemputan tuan rumah tetapi dihidangkan dengan makanan yang beracun. Mereka yang mati adalah disebabkan keracunan makanan yang serius berpunca daripada hidangan ayam masak merah yang telah dicemari oleh bakteria Salmonella.

 
Menurut berita, ayam telah digoreng sehari awal sebelum hari kenduri dan disimpan di dalam suhu bilik. Ini menyebabkan ayam tersebut telah tercemar dengan bakteria Salmonella. Ketika hendak masak keesokan harinya, ayam tersebut telah pun berbau mungkin ianya dimasak 3/4 masak. Tetapi tuan rumah mengarahkan supaya dimasak juga ayam tersebut kerana takut lauk tidak cukup. Akibatnya ramai yang terkena keracunan makanan sampai melibatkan kematian. Lain kali tuan rumah kena lah bertanggungjawab jangan melihat kesan jangkasa masa pendek tetapi kesihatan dan kebersihan makanan hendaklah diutamakan.
 
Pada tahun ini 2 kali aku terkena keracunan makanan apabila pergi makan kenduri kahwin dan kedua-duanya disebabkan oleh menu ayam masak merah. Kali pertama pada awal tahun, apabila aku pergi ke kenduri di rumah sepupu. Aku makan lauk ayam masak merah dan sebelah malam terus sakit perut. Tetapi sakit perut aku tidak teruk hanya pergi ke tandas 2-3 kali saja dan sembuh.
 
Kali kedua aku pergi kenduri rumah sebelah pengganti lelaki yang kahwin dengan sepupu juga pada bulan Ogos lalu. Aku makan ayam masak merah juga kerana menu itu memang kesukaan aku. Masa makan ok jer,,sodap rasanya cam tak ada apa-apa yang tidak elok. Apabila malam menjelma aku dah mula sakit perut yang amat sangat. Malam itu sahaja 10 kali aku berulang alik ke tandas. Selang 30-60 minit sakit balik. Emak dan adik aku juga sakit tetapi mereka tidak teruk. Pagi keesokkan harinya 3-4 kali lagi aku ke tandas dan masih sakit perut.
 
Ubat Pil Chi Kit Teck Aun la yang aku cari. Aku makan dalam 2 kotak. Ubat ini memang serasi dengan aku. Sejak kecil lagi aku guna ubat ni apabila sakit perut. Alhamdulillah, Allah sembuhkan sakit perut aku, so tak jadi la nak ke klinik. So berhati-hati lah apabila pergi menjamu selera di kenduri, Kalu boleh jangan makan AYAM MASAK MERAH. Kalu nak makan tengok betul2, hidu baunya dan cuba rasa sedikit untuk tahu dah tercemar ke belum.

Tuesday 1 October 2013

RAHSIA MENJADI KAYA

Aku nak berkongsi tips untuk menjadi kaya. Jika kita secara istiqamah melakukannya confirm kita akan kaya. Tipsnya nampak mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya. Jika kita hendak kaya petuanya adalah BERSEDEKAH. Bersedekah secara berterusan akan menjadikan kita kaya harta benda, kaya jiwa dan murah rezeki. INI ADALAH JANJI ALLAH. Jika kita orang Islam adakah kita tidak percaya dengan janji Allah. Janji Allah itu maha benar. Niat mesti betul berdedekah kerana Allah.

Tidakah kita gembira melihat orang lain gembira
 
KENAPA BERSEDEKAH BOLEH JADI KAYA:
 
1) 1 kita sedekah Allah balas 700 kali ganda.
 
Allah berfirman maksudnya:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .                                              
(Al Baqarah (2) : 261)
 
 
2) Banyak kita beri banyak kita dapat.
 
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
 
3) Rezeki daripada sumber yang tidak kita sangka dan terpikir.
 
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
 
MULAI SEKARANG MARILAH KITA TANAMKAN AZAM UNTUK SELALU BERSEDEKAH. SEDEKAH TIDAK PERLU BANYAK SEDIKIT PUN OK TETAPI BERTERUSAN. JIKA KITA BERSEDEKAH WAKTU KITA SUSAH ITU SEDEKAH YANG PALING BAIK. KALAU TIDAK MAMPU BERSEDEKAH WANG, KITA SEDEKAH SENYUMAN, BUAH FIKIRAN, TENAGA DLL ASALKAN NIAT KERANA ALLAH.
 
JANJI ALLAH ITU MAHA BENAR
 

PEMANDU MALAYSIA GANGSTER

Sedang aku memandu pagi tadi, tiba-tiba prapp kilauan cahaya memancar. Rupanya kamera AES yang memancar sebelum simpang ke tol Kajang. Aku tengok meter 80km/jam, so orang sebelah aku yg laju tu sebab dia memotong aku...mesti meter lebih 90km/jam. Walaupun dan ada 3 papan tanda kedabak besar masih lg memandu laju. Tak paham..tak paham perangai pemandu ni.
 
Orang Malaysia terkenal dengan sikap lemah lembut dan peramah. Tetapi apabila memegang stereng kereta atau berada di atas motosikal sikap mereka telah berubah 360 darjah. Sikap mementingkan diri, sombong, ganas, gangster dan semua sifat buruk yg lain ada pada mereka.
 
Pagi ni nyaris nak berlaku kemalangan antara motosikal dan motosikal yg lain. Dia main cilok sana sini tak melihat org lain. Walaupun dah hampir nak eksiden tapi sikap penunggang motosikal tu tak berubah juga. Sakit jiwa aku rasa depa ni.
 
Pemandu kereta pula seperti tidak ada brek. Bawa selaju mungkin dan macam nak langgar org lain. Banyak kali aku diperlakukan sedemikian. Biasanya aku bg jalan, biarlah depa nak laju. Tapi kenapa nak tergesa-gesa, semua org pun nak pergi kerja. Itulah sebab kemalangan di Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Ada juga pemandu yg hisap rokok dan baling puntung sesuka hati dan puntung rokok berapi atas jalan raya.

Memang gangsterlah pemandu kenderaan di Malaysia. Kalu buat dokumentari khas mengenai sikap pemandu Malaysia pun bagus. Tunjukkan kat semua sikap sebenar mereka apabila berada atas jalan raya.

TIRAMISU AND CHEESE TART

Hari ahad lepas aku dapat la makan tiramisu yg dibuat oleh isteri. Lama dah dianx buat, tup-tup nampak ada dalam peti ais. Terus aku ambil. Sedapnyerrr, cuma kali bini aku guna roti tiramisu, kalau guna kek span lemon lg sodap.

Tiramisu nyum-nyum

Lepas tu aku lihat bini dok sibuk kat dapur. Aku tanya dok buat apa, dia kata nak buat kuih lg. Nampaknya dapat mkn kuih lg la petang ni. Bila dah siap, aku pun minta sebiji nak rasa. Hmmm nyum2 sodap juga. Bini ckp ini namanya kuih cheese tart berinti jem strawbery n cheese cream..kena simpan dalam peti ais dulu br sedap. Lepas sejuk, rasanya lagi sodap. 50 biji, sehari je lincin. Kalu nak order, insyallah bolehntlg buatkan.

Cheese tart yang delecious