Wednesday 8 January 2014

SOFT SHELL CRAB 2014

Semalam aku tertengok rancangan yang memaparkan kehidupan belakang tadbir Nik Mikel bekas peserta Masterchef Malaysia. Program itu memaparkan beliau yang mengendalikan restorannya bernama PickNik dalam proses pembahruan menu-menu di bakal diperkenalkan kepada pelanggan. Apa yang menarik salah satu menunya adalah nasi lemak bersama deep fried soft shell carb. Nampak memang sodap je rasanya. Teringin pulak nak masak menu ini.
ketam lembut
Soft shell crab memang sedao kalau dimasak deep fried bersama tepung. telah beberapa kali isteri masak memang anak-anak yang berebut menghabiskannya.  Isinya yang penuh, lembut dan manis membangkitkan selera kita.


Kalau ada sesiapa yang teringin nak merasa soft shell crab boleh hubungi saya di 0132700462 untuk mendapatkannya. Sekarang menjadi pengedar di sekitar kawasan bangi/kajang/putrajaya. Saya tidak mempunyai kedai just menjual secara sambilan door to door.

Kalau kepada peniaga yang mahu mendapatkan dalam kuatiti yang banyak dan konsisten boleh saya usahakan. Harga boleh dibincangkan sekiranya mengambil dalam kuntiti yang banyak.

Ketam ini saya ambil daripada Kuala Gula Perak. Ianya fresh dari laut terus dihantar kepada saya dan terus kepada para pelanggan yang menempahnya.



Tuesday 7 January 2014

AZAM TAHUN 2014 / 1435 HIJRAH

Tahun 2014 telah menjelang tiba dengan meninggalkan tahun 2013. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Usia terus meningkat tanpa dapat disekat. Kematian semangkin menghampiri tanpa kita sedari. Pada tahun baru sering orang bercakap mengenai azam baru....aku nak kaya... aku nak naik pangkat .... aku nak beli rumah ... aku nak beli kereta dan sebagainya.

Azam kita hanya berlegar sekitar hal-hal keduniaan. Adakah tidak kita sedari bahawa alam dunia ini sementara dan akhirat adalah kekal abadi. Azam untuk mendapat kebahagiaan akhirat itulah yang paling utama dan kehidupan didunia ini sepatutnya menjadi batu loncatan untuk kita mencapai azam yang hakiki.

Usia semakin naik...
Badan semakin lemah...
Kederat semakin kurang...
Rupa semakin kendur...
Ingatan semakin lemah...
Mata semakin kabur...
Telinga semakin pekak...
Gigi semakin longgar...
Rambut semakin putih & gugur...

Itu tanda-tanda dah semakin TUA. Walapun pun tua jangan dirisaukan itu ada dunia. Yang penting hati tenang, iman kuat dan bertaqwa kepada ALLAH. Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadi mukmin yang terbaik dan menambah tahap keimanan kita.

Wassalam..