Pada raya korban tahun ini aku melapah menggunakan pisau lapah pemberian abang long (abd ipar). Dapat pisau free ambil jelah. Aku guna melapah lembu pada raya korban tempoh hari. Pisaunya tajam tetapi aku tak berapa sedap guna sebab bentuk pisaunya tidak kena dengan gaya melapah aku. Ketajamannya memang puas hati.
pisau melapah |
Ketajaman pisau dapat maintan sebab aku baru je beli batu pengasah gred a buatan England. Batu ini memang sedap apabila digunakan kerana ia tidak makan mata pisau. Sekejab je asah dah tajam pisaunya. Batu ini aku belia drp abg long. Dia beli di Pekan Cina Aloq Staq. Aku memang suka guna batu pengasah ni, memang terbaik.
batu asah buatan england |
Aku juga telah membeli sebilah pisau sembelih jenama mundial buatan Brazil. Pisau jenis ini telah digunakan abg long untuk sembelih binatang. Prestasinya baik walaupun ianya gred no.4 dalam carta pisau sembelihan. Carta no. 1 jenama Victorinox buatan Switzerland. Harganya mahal jika dibandingkan dengan pisau Mundial. Aku beli pisau tu RM70.00 sementara abg long beli siaz yg sama jenama victorinox RM190.00.
Pada sesapa yg nak beli pisau melapah dan sembelih boleh dapatkan di kedai borong di tepi jalan utama Pekan Cina, Alor Staq Kedah. Nama kedai yg aku beli pisau ini aku lupa tetapi dia jula murah berbanding kedai-kedai lain.
pisau sembelih jenama mundial
Pada sesapa yg nak beli pisau melapah dan sembelih boleh dapatkan di kedai borong di tepi jalan utama Pekan Cina, Alor Staq Kedah. Nama kedai yg aku beli pisau ini aku lupa tetapi dia jula murah berbanding kedai-kedai lain.
No comments:
Post a Comment