Thursday 26 September 2013

TONGKAT ALI GERGASI [ THE BIGGEST EURYCOMA LONGIFOLIA ] 1200 TAHUN


 
TONGKAT ALI atau nama saintifiknya EURYCOMA LONGIFOLIA merupakan herba yang tidak asing lagi di dunia. Di negara kita herba ini boleh diperolehi di dalam hutan dan ada yang ditanam secara komersial. Khasiat Tongkat Ali telah diketahui umum terutamanya untuk kegunaan kaum Adam. Pada entry kali ini saya mahu memberi sedikit info dan berkongsi maklumat mengenai TONGKAT ALI GERGASI yang merupakan Tongkat Ali yang terbesar di dunia yang dimiliki oleh ABDUL RAZAL BIN ISMAIL yang merupakan bapa saudara saya. Baru-baru ini saya balik ke kampong dan berjumpa dengan beliau, baru saya tahu rupa-rupanya beliau memiliki TONGKAT ALI GERGASI ini dan saya berkongsi cerita dengannya.
 

 LATARBELAKANG TONGKAT ALI GERGASI

Tarikh ditemui  : 17 Feb 2005
Lokasi  ditemui : Taiping, Perak, 
Saiz                   : 3.5 meter tinggi. Diammeter 85cm Berat 200kg
Usia (age)         : 1200 tahun (lebih kurang)
Anugerah          : The Malaysia Book of Records Holder dan Ahli Kelab Guinness World of Records
Pameran           : Antarabangsa - WHAT MEDICINE & NATPRO EXHUBITION
                           Tempatan - Pesta Pulau Pinang , Misteri Keajaiban Alam , FRIM Kepong Selangor
                           Kolej dan university tempatan
 

CERITA BAGAIMANA DITEMUI

Pak cik saya merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Pada peringkat awal penglibatan adalah secara suka-suka dan lama kelamaan menjadi salah satu sumber pendapatan. Beliau lebih terdorong untuk mencari herba Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Sumber utama beliau mendapatkan herba-herba ini ada di sekitar hutan di kawasan Taiping. Baru saya tahu bahawa terdapat banyak Tongkat Ali dan Kacip Fatimah di dalam hutan sekitar Taiping dan kawasan berdekatan dengannya.
 

Perkara Aneh dan Pelik

Pada suatu hari ketika berada di dalam hutan belantara di Taiping, Perak mencari herba Tongkat Ali dan Kacip Fatimah tiba-tiba beliau terdengar suara riuh rendah bersorak seolah-olah di dalam stadium menyaksikan satu perlawanan bola sepak. Beliau terkejut apabila mendengar suara sorakan itu dating dari arah empat penjuru hutan tersebut. Sorakan itu sunggut kuat sekali seolah-olah ada puluhan ribu orang menonton perlawanan bola sepak. Beliau terkedu seketika apabila mendengar sorakan kuat itu dan ianya berlaku selama hamper 15 minit. Sepanjang beliau mencari akar-akar kayu sejak 20 tahun lalu, belum pernah beliau mengalami kejadian aneh seumpama ini.
 
Dalam hati kecilnya berkata, suara ini bukannya datang daripada manusia biasa sebaliknya suara dari mahkluk halus yang mendiami hutan belantara ini. Kalau nak kata suara manusia tidak masuk akal kerana di dalam hutan mana ada orang melainkan makhluk halus yang mendiaminya. Sebaik saja suara aneh itu ghaib dengan tidak semena-mena pokok sebesar pemeluk di hadapanya puoa tiba-tiba bergoyang-goyang ke kiri dan kanan seolah-olah dilanda rebut kencang.

Apa yang peliknya pokok-pokok lain yang berada dalam hutan itu dalam keadaan biasa sahaja, sedikit pun tidak bergoyang. Sekali lagi beliau terkedu menyaksikan kejadian penuh misteri itu. Dalam hati terdetik adakah ini tanda perkara buruk atau perkara baik yang akan berlaku, namun apa pun tawakal kepada Allah. Pokok itu bergoyang lebih kurang selama 5 minit dan kembali menjadi normal.
 
Pokok tersebut kelihatan seperti Tongkat Ali tetapi ianya begitu besar saiznya berbanding dengan pokok Tongkat Ali yang biasa dijumpai. Bagi mendapatkan kepastian, beliau telah mendekati pokok tersebut dan melihat ciri-cirinya. Dipastikan bahawa pokok itu adakah pokok tongkat ali dan beliau tergamam melihatnya. Ini merupakan penemuan yang paling berharga baginya.

Proses menggali Tanah bagi mendapatkan akar tongkat ali ini memakan masa lebih kurang 3-4 jam. Kedalaman lubang yang digali melebihi 4 meter. Proses untuk mengeluarkan akarnya memang penuh keringat. Alangkah terperanjatnya dan kagumnya beliau dengan ciptaan Illahi, akar Tongkat Ali tersebut adalah sepanjang 3.5 meter Berkat usaha beliau dan 2 rakannya, akhirnya akar tongkat ali tersebut dapat dikeluarkan. Akarnya memang berat dan ditarik oleh mereka bertiga.
 
Selepas memperolehi tongkat ali gergasi tersebut, beliau telah dipanggil untuk menyertai beberapa pameran perubata tradisional di peringkat antarabangsa dan tempatan. Beliau juga merupakan pemegang MALAYSIA BOOK OF RECORDS dan Ahli Kelab Guinnes World Of Records kerana memilik TONGKAT ALI GERGASI.


Beliau memberitahu saya bahawa, beliau mahu menjual TONGKAT ALI GERGASI ini dan tidak mahu menyimpannya lagi. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya melalui email krezam78@gmail.com atau krezam78@yahoo.com. [ if any body want to buy this Tongkat Ali, you can contact me using the e-mail ].

Wassalammm......
 

 

No comments:

Post a Comment