Tahun 2014 telah menjelang tiba dengan meninggalkan tahun 2013. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Usia terus meningkat tanpa dapat disekat. Kematian semangkin menghampiri tanpa kita sedari. Pada tahun baru sering orang bercakap mengenai azam baru....aku nak kaya... aku nak naik pangkat .... aku nak beli rumah ... aku nak beli kereta dan sebagainya.
Azam kita hanya berlegar sekitar hal-hal keduniaan. Adakah tidak kita sedari bahawa alam dunia ini sementara dan akhirat adalah kekal abadi. Azam untuk mendapat kebahagiaan akhirat itulah yang paling utama dan kehidupan didunia ini sepatutnya menjadi batu loncatan untuk kita mencapai azam yang hakiki.
Usia semakin naik...
Badan semakin lemah...
Kederat semakin kurang...
Rupa semakin kendur...
Ingatan semakin lemah...
Mata semakin kabur...
Telinga semakin pekak...
Gigi semakin longgar...
Rambut semakin putih & gugur...
Itu tanda-tanda dah semakin TUA. Walapun pun tua jangan dirisaukan itu ada dunia. Yang penting hati tenang, iman kuat dan bertaqwa kepada ALLAH. Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadi mukmin yang terbaik dan menambah tahap keimanan kita.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment