Monday, 12 May 2014

SOFT SHELL CRAB (KETAM LEMBUT) WITH NEW PACKAGING

Soft Shell Crab kini didatangani dengan pembungkusan baru. Harga RM25/pax ada 5 ekor ketam. Jika anda berminat untu menjadi pengedar ketam ini sila hubungi saya. Kadar keuntungan kompetatif ditawarkan kepada yang berminat.

RM25 per pax

Friday, 21 March 2014

MADU KELULUT ASLI

Saya nak berkongsi pengalaman menggunakan Madu Kelulut Original Jenama Syamille dari Kuala Kangsar, Perak. Madu adalah makanan terbaik sejak zaman Rasulullah lagi. Saya ada masalah gout dan pada tahun 2013 boleh dikatakan setiap bulan saya akan kena serangan gout. Tak boleh nak kawal makanan menyebabkan saya kena serangan.
 
Lebih kurang bulan November 2013, jiran saya yang juga adalah masalah gout sarankan saya untuk mencuba madu kelulut. Katanya abangya yang ada masalah gout dan apabila menggunakan madu kelulut telah tidak lagi kena serangan gout. Saya pun mula membuat sedikit research dan bertemulah dengan Madu Kelulut Syamille.
 
Sejak saya menggunakan sekilo madu ini, Alhamdulillah saya tidak lagi kena serangan gout mulai bulan Disember 2013 sehinggalah sekarang. Saya yakin bahawa madu ini asli kerana semasa di kampong saya pernah mencari madu kelulut dan merasanya dan saya dapati rasa dan tekstur 
adalah ori.
 
Saya juga gunakan madu ini untuk anak-anak saya yang batuk, berkahak dan berhingus dan Alhamdulillah apabila minum mereka sembuh. Ini semua dengan izin Allah juga. Sekarang saya sekeluarga menggunakan madu ini dan menyimpan stok yang banyak kerana madu asli tidak mempunyai tarikh luput. Jika nak tahu lebih mengenai produk ini boleh ke http://kelulutmalaysia.blogspot.com/.
 
Kalau sesiapa nak mencuba boleh hubungi saya di 0132700462. Harga sekilo RM120.00.
 
 

Wednesday, 8 January 2014

SOFT SHELL CRAB 2014

Semalam aku tertengok rancangan yang memaparkan kehidupan belakang tadbir Nik Mikel bekas peserta Masterchef Malaysia. Program itu memaparkan beliau yang mengendalikan restorannya bernama PickNik dalam proses pembahruan menu-menu di bakal diperkenalkan kepada pelanggan. Apa yang menarik salah satu menunya adalah nasi lemak bersama deep fried soft shell carb. Nampak memang sodap je rasanya. Teringin pulak nak masak menu ini.
ketam lembut
Soft shell crab memang sedao kalau dimasak deep fried bersama tepung. telah beberapa kali isteri masak memang anak-anak yang berebut menghabiskannya.  Isinya yang penuh, lembut dan manis membangkitkan selera kita.


Kalau ada sesiapa yang teringin nak merasa soft shell crab boleh hubungi saya di 0132700462 untuk mendapatkannya. Sekarang menjadi pengedar di sekitar kawasan bangi/kajang/putrajaya. Saya tidak mempunyai kedai just menjual secara sambilan door to door.

Kalau kepada peniaga yang mahu mendapatkan dalam kuatiti yang banyak dan konsisten boleh saya usahakan. Harga boleh dibincangkan sekiranya mengambil dalam kuntiti yang banyak.

Ketam ini saya ambil daripada Kuala Gula Perak. Ianya fresh dari laut terus dihantar kepada saya dan terus kepada para pelanggan yang menempahnya.



Tuesday, 7 January 2014

AZAM TAHUN 2014 / 1435 HIJRAH

Tahun 2014 telah menjelang tiba dengan meninggalkan tahun 2013. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Usia terus meningkat tanpa dapat disekat. Kematian semangkin menghampiri tanpa kita sedari. Pada tahun baru sering orang bercakap mengenai azam baru....aku nak kaya... aku nak naik pangkat .... aku nak beli rumah ... aku nak beli kereta dan sebagainya.

Azam kita hanya berlegar sekitar hal-hal keduniaan. Adakah tidak kita sedari bahawa alam dunia ini sementara dan akhirat adalah kekal abadi. Azam untuk mendapat kebahagiaan akhirat itulah yang paling utama dan kehidupan didunia ini sepatutnya menjadi batu loncatan untuk kita mencapai azam yang hakiki.

Usia semakin naik...
Badan semakin lemah...
Kederat semakin kurang...
Rupa semakin kendur...
Ingatan semakin lemah...
Mata semakin kabur...
Telinga semakin pekak...
Gigi semakin longgar...
Rambut semakin putih & gugur...

Itu tanda-tanda dah semakin TUA. Walapun pun tua jangan dirisaukan itu ada dunia. Yang penting hati tenang, iman kuat dan bertaqwa kepada ALLAH. Marilah kita bersama-sama berazam untuk menjadi mukmin yang terbaik dan menambah tahap keimanan kita.

Wassalam..

Tuesday, 26 November 2013

MENJADI MR. MAMA UNTUK 2 HARI

Minggu lepas minggu yang paling sibuk dan memenatkan. Apa tidaknya kena menjadi mr. mama untuk 2 hari kerana bibik balik kg. ke indonesia untuk menghabiskan cuti tahunan. Isteri dah ambil cuti dan tiba giliran aku pula menjaga anak2, memasak, membasuh, memandikan dan lain2 lagi.
 
Penat, geram, lucu, gembira semuanya ada. Jadual bermula jam 5.40 pagi bangun, mandi dan solat. lepas tu anak yg bongsu umur 1 tahun mula bangun dan menangis. Itu memang tabiatnya pagi2 time nak bersiap pergi kerja. Aku pun dukung dan letakkan di dalam buai, dia senyap dan tidur. Isteri pi kerja jam 6.40 pagi.
 
Anak teruna pun bangun tak lama lepas tu minta susu. Aku buatkan susu dan beliau minum susu sambil tengok kartun Oscar and Oasis. Anak dara masih tidur di bilik kat atas. Pada masa yang sama aku ambil baju dan basuh. Anak dara plak bangun sambil mengamuk kerana bila bangun semua org dah tak ada kat atas. Aku biaq dulu bagi dia puas mengamuk lepas tu buat susu dan settle dia pun diam sambil join abgnya tgk kartun.
 
Baru nak baring2, anak bongsu pula bangun sambil mengangis. Aku pun angkat drp buai dan buatkan susu. Tapi dia tak nak minum sambil tepis2 dgn tangan dan kaki. Dia memang tak suka minum susu formula. Puas pujuk dan paksa pun tak mau juga. so ajak main2 je lah, asalkan tak menangis. Jam 8 pagi aku bagi anak bongsu sarapan dgn biskut baby 2 keping. habis dimakannya. bab makan memang dia suka dan tak ada masalah. suaplah apa2 pun sambil menangis pun boleh makan.
 
Lepas tu aku sediakan pula sarapan untuk 2 lagi anak2. Aku goreng nuget ayam je dan kentang. simple tapi sedap tapi tak berapa nak sihat. settle sarapan, buat susu lagi utk 2 beradik. sambil tu aku masak nasi + kentang + ikan bilis untuk anak bongsu. Sementara makanan nak masak aku jemurkan baju. anak bongsu pula menangis nak tidur la pulak. Tinggal jemur baju bagi tidur dulu. Lepas 30 minit baru dia tidur. Sambung jemur baju dan blend makanan anak.
 
bagi anak2 mandi jam 10.30 pagi. lepas semua mandi buat susu lagi. yang bongsu pula bangun. bagi susu dan bagi mandi. sementara 2 beradik lagi buat sepah2 rumah. penuh sampah sarap dan mainan dalam rumah. lantak koranglah asalkan korang bahagia.
 
Minta abg tlg tengokkan adik, aku nak masak lauk makan tenghari pulak. Tgk ada daging dalam peti sejuk, aku pun nak buat rendah daging. Nak menyiapkan masak rendang pun memakan masa lama juga sebab melayan anak2 yg lain.
 
bagi anak2 makan jam 12 tgh. lepas makan paksa semua untuk tidur. sebab aku nak berehat pulak. dapatla tidur dalam 30 minit. Jadilah dapat tidur sekejab. lepas tu sambung balik bekerja kutip kain, lipat, sapu sampah sambil jaga anak2.
 
rumusanya memang memenatkan tetapi seronok. tapi kalau hari2 tak sanggup juga. jadi hargailah isteri anda yg menjadi suri rumah sepenuh masa. kena bagi gaji kepada mereka.

Tuesday, 12 November 2013

KITA INSAN YANG LEMAH TETAPI ISTIMEWA

Kita Ingat Kitalah Yang Paling Pandai
Kita Ingat Kitalah Yang Paling Bagus
Kita Ingat Kitalah Yang Paling Berkuasa
Kita Ingat Kitalah Yang Paling Baik

Tetapi

Kita Lupa Bahawa Kita Adalah Lemah
Kita Lupa Bahawa Kita Adalah Jahil
Kita Lupa Bahawa Kita Adalah Tidak Berdaya
Kita Lupa Bahawa Kita Bukalah Yang Terbaik

Kerana

Allah Adalah Yang Maha Bijaksana
Allah Adalah Yang Maha Kuat
Allah Adalah Yang Maha Mengetahui
Allah Adalah Yang Menentukan Segalanya

Oleh Itu

Jangan Harap Nak Berjaya Jika Arahan Allah Kita Ingkar
Jangan Harap Nak Berubah Jika Suruhan Allah Kita Ingkar
Jangan Harap Nak Maju Jika Perintah Allah Kita Ingkar
Jangan Harap Nak Menjadi Terbaik Jika Syariat Islam Tidak Dipatuhi

Justeru Itu

BEKERJALAH DENGAN NIAT KERANA ALLAH

Tuesday, 5 November 2013

KETAM LEMBUT SODAP DIMAKAN

Ketam lembut merupakan ketam yg bersalin kulit. Selepas ketam dibuang kaki dan sepitnya, ianya akan dibela di dalam sangkar. Ketam harus di beri makan, dimandikan dan dijaga 24 jam. Ketam dijangkan bersalin kulit dalam tempoh 15 hari. Sebaik sahaja ia bersalin kulit terus diambil kerana pada masa itu isinya penuh. Proses menjaganya rumit dan jika tidak dijaga dgn rapi ia boleh mati.


Saya ada membekalkan ketam ini. Buat masa sekarang  benih ketam amat terhad kerana nelayan tidak ke laut. Saya ada stok 50kg utk dibeli oleh anda diluar sana. Memang puas hati. hubungi saya di 0132700462