Minggu lepas minggu yang paling sibuk dan memenatkan. Apa tidaknya kena menjadi mr. mama untuk 2 hari kerana bibik balik kg. ke indonesia untuk menghabiskan cuti tahunan. Isteri dah ambil cuti dan tiba giliran aku pula menjaga anak2, memasak, membasuh, memandikan dan lain2 lagi.
Penat, geram, lucu, gembira semuanya ada. Jadual bermula jam 5.40 pagi bangun, mandi dan solat. lepas tu anak yg bongsu umur 1 tahun mula bangun dan menangis. Itu memang tabiatnya pagi2 time nak bersiap pergi kerja. Aku pun dukung dan letakkan di dalam buai, dia senyap dan tidur. Isteri pi kerja jam 6.40 pagi.
Anak teruna pun bangun tak lama lepas tu minta susu. Aku buatkan susu dan beliau minum susu sambil tengok kartun Oscar and Oasis. Anak dara masih tidur di bilik kat atas. Pada masa yang sama aku ambil baju dan basuh. Anak dara plak bangun sambil mengamuk kerana bila bangun semua org dah tak ada kat atas. Aku biaq dulu bagi dia puas mengamuk lepas tu buat susu dan settle dia pun diam sambil join abgnya tgk kartun.
Baru nak baring2, anak bongsu pula bangun sambil mengangis. Aku pun angkat drp buai dan buatkan susu. Tapi dia tak nak minum sambil tepis2 dgn tangan dan kaki. Dia memang tak suka minum susu formula. Puas pujuk dan paksa pun tak mau juga. so ajak main2 je lah, asalkan tak menangis. Jam 8 pagi aku bagi anak bongsu sarapan dgn biskut baby 2 keping. habis dimakannya. bab makan memang dia suka dan tak ada masalah. suaplah apa2 pun sambil menangis pun boleh makan.
Lepas tu aku sediakan pula sarapan untuk 2 lagi anak2. Aku goreng nuget ayam je dan kentang. simple tapi sedap tapi tak berapa nak sihat. settle sarapan, buat susu lagi utk 2 beradik. sambil tu aku masak nasi + kentang + ikan bilis untuk anak bongsu. Sementara makanan nak masak aku jemurkan baju. anak bongsu pula menangis nak tidur la pulak. Tinggal jemur baju bagi tidur dulu. Lepas 30 minit baru dia tidur. Sambung jemur baju dan blend makanan anak.
bagi anak2 mandi jam 10.30 pagi. lepas semua mandi buat susu lagi. yang bongsu pula bangun. bagi susu dan bagi mandi. sementara 2 beradik lagi buat sepah2 rumah. penuh sampah sarap dan mainan dalam rumah. lantak koranglah asalkan korang bahagia.
Minta abg tlg tengokkan adik, aku nak masak lauk makan tenghari pulak. Tgk ada daging dalam peti sejuk, aku pun nak buat rendah daging. Nak menyiapkan masak rendang pun memakan masa lama juga sebab melayan anak2 yg lain.
bagi anak2 makan jam 12 tgh. lepas makan paksa semua untuk tidur. sebab aku nak berehat pulak. dapatla tidur dalam 30 minit. Jadilah dapat tidur sekejab. lepas tu sambung balik bekerja kutip kain, lipat, sapu sampah sambil jaga anak2.
rumusanya memang memenatkan tetapi seronok. tapi kalau hari2 tak sanggup juga. jadi hargailah isteri anda yg menjadi suri rumah sepenuh masa. kena bagi gaji kepada mereka.
No comments:
Post a Comment