Monday, 30 September 2013

KETAM LEMBUT KUALA GULA PERAK

Pada 16 Mac 2013 yg lalu aku bersama keluarga dalam misi untuk mencari ketam lembut di Kuala Gula, Perak. Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan dan terletak di dalam Daerah Kerian, lebih kurang 50km daripada Taiping. Kebetulan aku balik kpg di Changkat Jering, so panjangkan kaki menerjah Ke Kuala Gula.


 
Sampai di Kuala Gula dalam jam 4 petang. Kebetulan hujan turun dengan lebatnya. Sampai di jeti isteri pun tanya kat pak cik di jeti untuk beli ketam lembut fresh. Pak cik tu cakap jam 7.00-7.30 ptg baru samapai. Itu pun dah ada org tempah. Kalau ada lebih baru boleh beli. Aiseymen, tak kan nak tunggu smp jam 7, lama lagi tu lg pun hujan lebat. Kemudian pak cik cakap, kalau nak makan boleh pergi kat restoran sebelah tu, depa ada jual.
 
 
Kami sekeluarga pun redah hujan pi ke Restoran JS Muara sebuah restoran terapung. Terletak di jeti Kuala Gula juga. Walaupun retoran bergoyang-goyang dan kebanyakan meja dah basah, kami just duduk dan order sebab alang2 dah smp. Kami just oder ketam lembut goreng dalam 5 ekor. Ketam lembut ni boleh dimakan bersama kulit2nya sebab semuanya lembut dan boleh dimakan, itu yg kelainannya.

 
Kami sekeluarga pun menikmati ketam lembut goreng. Licin liau hanya sekelip mata. haha..lapar gamaknya time2 hujan ni. Nak beli yg fresh masih belum sampai. Tapi permandangan di jeti ni amat tenang dan menarik. Sedang lepak di restoran, ternampak 2 org mak cik baru balik dari laut. Aku pun pi tengok, kot2 ada ketam lembut tapi yg ada hanya ketam nipah. Mak cik tu cakap harga ketam nipah rm10 sekilo, aku nak beli tp ketam masih belum diikat. kalau nak, kena tunggu sejam lagi. so tak jadi la nak beli. lain kali kami singgah lagi di kuala gula.

 

Sunday, 29 September 2013

IKAN GERUT BAKAR PETAI TERBAIK

Seperti yang dijanjikan, malam ni aku terpaksa menjadi masterchef. Ikan gerut yg di beli pg td dah siap dibasuh oleh bibik. sementara ikn defrost aku pun menyiapkan sambal utk diperap dengan ikan. Resepinya adalan seperti di bawah :

1. 2 biji cili besar
2. 2 biji bwg merah kecil
3. 1 biji bwg putih
4. 1 inci halia
5. Sedikit belacan
6. 2 biji limau kasturi, ambil airnya
7. 1 sudu kecil serbuk kunyit...kalau ada kunyit hidup lg bagus
8. Garam dan gula secukup rasa.
9. Isi petai dalam 15 biji isinya- 5 biji dblend, 10 biji dibelah dua.

Semu brg diatas diblender bersama 5 biji isi petai. Bahan yg telah dikisar disalutkan kepada ikn. Ikn hendaklah dikelar menyerong supaya sambalnya mesra dgn ikn. Perap ikn selama sejam.



Lepas sejam diperap, ikn boleh dibakar. Boleh bakar guna oven ke, bakar guna arg ke..boleh je. Sebelumitu, isi petai yg dibelah dua, diselitkan ditempat yg dikelar. Aku bakar guna pemangang ajaib. Bakar sebelah lbh kurang 10-15 minit. 

Jgn bakar sampai ikn overcook, nanti dia kering dan kurang sedap. Ikn mesti masih berjus dan lembut. Kena pantau ikn tu. Ikn siap di bakar.  sambal asam bini yg buat. Aku tak tahu apa resepinya. Boleh je google mana2 sambal yg sesuai utk ikn bakar. Ikn gerut bakar habis licin. Anak2 pun mkn dengan penuh selera. Mesti cuba, confirm x menyesal. Selamat mencuba.

 

IKAN OH IKAN

Pasar borong selangor menjadi tempat aku beli ikan2. Yang jom pi pasar beli ikan....ajakan aku kepada isteri. Jam 7 pg kami pun gerak dan sampai jam 7.20 pg. Org tak begitu ramai, so tak lah sesak sangat nak membeli belah.

Ikan pertama yg kami beli ada ikan gelama. Lama dah aku x mkn ikn ni. Tgk pun besar2, harga cuma rm6.00 sekilo. Aku pun ambil sekilo ada la dlm 5 ekor kot. Jln2 lg dan ternampak ikn gerut. Rasa nak beli tp nak survey dulu harganya. org makin ramai dan aku pun nampak ikn yg wajib d beli. Ikn yg kami sekeluarga suka mkn, murah dan sedap. 2 kilo aku beli. Ikannya adalah ikn keli harganya cuma rm4.30 sekilo. 

Ikn yg paling aku x suka mkn time dok belajaq tp kini menjadi ikn yg wajib di beli. Jawapannya ikan cencaru atau nama glemornya ikn jaket. Ikn ni pun dah mahal dulu plg murah. Hari ni ikn jaket rm5.50 sekilo. Ikn ni aku suka buat msk sumbat sambal kelapa. Aku minta brader tu tlg siang dan belah belakangnya. 

Rasa di hati nak beli ikn talapia merah. Tp yg ada semuanya kecik2, so x jd nak beli. Ikn talapia buat bakar or grg sambal pun sedap. Hari ni kecewa x dpt ikn talapia. Tp aku dah bercdg nak beli ikn gerut sbg pengganti. Tiba2 aku ternampak ikn yg arwah abahku suka mkn..ikn mayong. Aku pun pilih moga2 dapat yg ada telor. Aku ambil 2 ekor harga rm7.00 sekilo. Ikn mayong sedap di masak gulai/kari. Mujur bini pandai masak gulai.

Nasib baik aku teringat nak beli ikn gerut. Aku pi blk kedai pertama yg aku singgah dan beli ikn gerut seekor rm12.00. Harganya rm14 sekilo. Cadang nak masak ikn bkr petai mlm ni. Aku lah nak kena masak nampak gayanyer. Tp hari ni aku ada mood nak memasak. Dptlah bini rehat sambil menikmati resepi aku....

Lepas itu ternampk pulak ikn sardin, besar2 n fresh. Terus angkat sekilo. Harga rm6 sekilo. Ok la, kalau kat kedai runcit d rumah aku mau rm12 sekilo. bini pulak beli ikn kecil2 cam ikn bilis. Aku pun x tahu apa ke namanya. Ikn ni grg aja memang sedap boleh mkn dgn tulang sekali. ikn ni aku pernah mkn masa aku di labuan. Masa itu member pi menjala je blkg rumah dan dpt mkn yg fresh. Memang sedap ikn ni.

Lebih kurang sejam shopping, plastik dah penuh kiri kanan, so apa lg balik la. Bajet hari ni rm100 untuk stok ikn selama 2 minggu. Maksudnya utk seminggu rm50..ok tu. Kalau beli ikn di kedai runcit mau cecah rm100 seminggu. minggu ni harga ikn agak murah. Cuma minggu ni x beli ayam. Aku just beli ayam jika ikn dah habis. Aym beli kat econ save murah dlm rm6.50 sekilo. Kat pasar hr ni rm7.50 sekilo. Itu kisah aku di pasar borong selangor pd pg ini. Moh ke pasar wehh nak jimat brg dapur.

Saturday, 28 September 2013

MUFLIS AKHIRAT



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerna masih diberikan umur dan nyawa lagi pada pagi ini. Syukur juga dapat aku solat subuh berjemaah. Pada pagi tadi aku berkesempatan mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz zainal. Dah lama juga aku tak dengar kuliah subuh. Aku cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat semasa kuliah subuh tadi untuk manfaat kita bersama.

Pagi tadi ustaz zainal menerangkan mengenai nama2 Allah. Tapi salah satu perkara yang membuat aku terkesima apabila ustaz menyatakan mengenai muflis akhirat. Menurut ustaz, janganlah kita berbangga dengan kuasa, kekayaan dan pangkat yang kita ada sekarang. Jika kita guna kuasa untuk mengambil hak orang lain atau menganiayai orang, akhirat kelak Allah akan ketemukan kita dengan org yg kita zalimi itu.

Ketika itu Allah akan tayang semula apa yg dah kita lakukan. Jika kita zalimi org, pahala solat, pahala sedekah, pahala zakat dan lain2 lg akan diberikan kepada org2 yg pernah kita zalimi. Jika pahala kita dah habis diberikan, dosa org yg kita zalimi itu akan diberikan pula kepada kita. Ketika itu, kita dikatakan sebagai muflis akhirat. Bukan sahaja semua pahala diberikan kepada org malah dosa  org pula yg kita tanggung.

Justeru itu, jgnlah kita berbangga dengan kuasa yg kita ada. Setiap kezaliman yg kita buat akan dibalas oleh Allah kelak. Sesungguhnya pangkat, kuasa, kekayaan adalah salah satu bentuk dugaan drp Allah. Janganlah kita ambil mudah dan memandang ringan perkara ini. Ambillah iktibar drp kuliah subuh ini.
Wassalam....

LAMB CHOP TERBAIK DI BANGI

Tengahari tadi aku ajak isteri pi lunch dekat yati ayam percik. Tekak ni terasa plak nak makan nasi kerabu sama ayam percik. Masa isteri aku kena bekerja di kota bahru, kelantan penah la pi try makan kat yati ayam percik di sana. Sekarang dah ada di bangi nak try rasanya bagaimana pulak.

Aku pun drive kereta menuju ke seksyen 9 bangi. Sampai di situ, aku mencari parking. Aku parking jauh sikit drp res. Yati. Kami pun keluar drp kereta nak plak ice room. Aku pun ajak isteri pi pekena ais krim dulu kat ice room. Lagi pun hari ni memang panas. Kami pun masuk dalam ice room.

Aku oder ais krim kod 6018 mixed fruit ais krim. Isteri pulak oder ais krim durian. 5 minit ais  krim pun sampai. presentationnya memang menaikkan selera tambah pulak cuaca panas di luaq. Rasa ais krim durian memang best. Memang rasa durian yang ori. Aku rasa cam makan buah durian yang baru keluar daripada peti ais. Memng the best rasa ais krim duriannya. Ais krim yang aku oder pun sedap juga. Tapi aku suggest cuba ais krim duriannya, terbaikk.
 
Lepas bayar, kami pun bergerak nak pi yati ayam percik. Tapi kena melintasi restoran wadihana islamic steakhouse. Malam tadi aku dah frust makan steak kat austin. Tiba2 aku ajak isteri makan steak kat sini. Aku tak puashati mkn steak semalam. Tak jadilah kami makan kat yati ayam percik.

Kami pun oder honey lamb chop dan kid plate untuk anak teruna aku. Lama juga kami tunggu lebih kurang 20 minit. Brader tu minta maaf lambat sikit sebab lamb  yg aku oder tu dia kena rebus dulu. Aku puashati sebab dia explain kenapa lambat. Tapi lambnya aku cukup puashati. Ianya besar....lembut.....berjus...gravinya cukup sedap. memang terbaiklah lamb chopnya.
 
Aku memang rekomen sapa2 nak datang makan steak kat sini. Walaupun harganya agak mahal tapi rasanya memang the booomm. Untuk honey lamb chop yang aku oder harganya rm34.90. Oklah boleh makan dua orang sebab banyak. Kalu makan sorang naik mengah juga dibuatnya.
 
Lamb Honey With Black Pepper Source
 
Ais Krim Durian...sodappp
 
 
Ais Krim Campuran...Srrpppp
 
 

Friday, 27 September 2013

KUALITI STEAK DI AUSTIN STEAK BANGI MENGECEWAKAN

Sampai je di rumah lebih kurang jam 6.00 petang. Masuk je pintu rumah, isteri minta tolong belikan gas dapur sebab dah habis. Anak-anak pun makan nasi dengan kicap saja. Kesian la pulak kat depa. Isteri terus beri cadangan untuk makan kat luar aja malam ni. Aku ok je, lagipun dah lama tak makan di luar. Aku pula terus capai kunci kereta nak kedai nak beli gas bagi kegunaan esok pagi. 

Selepas solat maghrib, aku pun turun ke bawah dan tengok isteri dan anak-anak dah bersiap. Semangat betul depa nak pi makan malam di luar. Tapi dalam kepala aku belum decide nak pi makan kat mana. Dah start kereta baru terpikir nak makan di village view atau di austin steak seksyen 7 bangii. Last sekali aku decide nak pi makan western kat austin je sebab belum pernah makan di sana. Isteri aku ikut aja dan anak-anak ok jer, asalkan dapat keluar malam ni.

Sampai je austin dalam jam 8.00 malam. Parking masih ada yang kosong. Aku dok ingat mesti penuh restoran ni sebab malam sabtu dan baru dapat gaji. Lagi pun restoran ni mendapat review yang baik daripada orang ramai. Sebelum ini aku pernah datang tapi bila sampai, orang ramai telah penuh. Jadi aku pun balik saja. Tapi malam ni aku terkejut yang restoran masih ada banyak tempat duduk yang kosong.

Kami pun duduk dan terus diberikan menu. Aku oder sirlion steak, isteri order lamb chop dan untuk anak-anak pula moroco rice. Setelah menunggu lebih kurang 10 minit makan dan minum pun sampai. Morroco rice je tak sampai. Aku tengok sirlion steak ni ciput je, patut harganya murah rm13.90. Apa yang aku rasa, steak ni rasanya biasa saja. Steak telah terlebih masak, so ianya keras dan kering tidak berjus. Gravinya pula rasa biasa2 saja. 

Aku dan isteri agak tidak berpuashati dengan hidangan steak dan lamb chop. Ianya tidak seperti review daripada orang ramai yang cakap steak di austin memang sedap. Tapi itu review tahu  lepas, tapi bagi aku makan di sini agat mengecewakan aku dan isteri. Setelah habis steak dan kami terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit baru morroco rice pun sampai. Lambat betul servicenya, anak-anak dah lapar. Dah sampai nasi, sudu pula tak ada, jadi aku suap anak guna garpu sahaja. Aku hanya menggelengkan kepala.

Aku jengok di dapur, aku hanya nampak 4 ke 5 orang anak muda dok sibuk memasak di dapur. Aku ingatkan ada chef lengkap dengan baju chef di dapur. Tapi orang muda yang masak. Aku cakap kat isteri, austin ni maybe tukang masaknya dah bertukar atau dah tukar management. Rasa makan kat sini biasa2 saja tidak seperti yang dicanangkan oleh orang bangi. Satu lagi petunjuk, banyak meja kosong time aku sampai dan time aku balik.

Apa-apa pun kita kena bersyukur dengan rezeki Allah pada malam ni. Aku bagi rating 2.5 bintang daripada 5 bintang bagi austin steak house bangi. jus nanas yang aku oder juga rasa sedikit masam cam buah dah lebam. Aku sedikit kecewa dengan kualiti makanannya. 

KHUTBAH JUMAAT : THE TRUE MUKMIN

Hari ini aku pergi solat jumaat di ISTAC. Khutbah jumaatnya dalam bahasa Inggeris. Kalau nak tahu ISTAC adalah singkatan bagi International Institute of Islamic Thought and Civilization. Terletak di Bukit Tunku, masuk ikut hentian duta terus ke atas bukit, selepas IMM akan jumpa ISTAC ni. So, aku nak berkongsi apa yang aku dengar semasa khatib memberikan kutbah mengenai ciri-ciri The True Mukmin (Mukmin sejati). Antaranya seperti berikut:
 

1. Niat 

Apa yang kita lakukan mestilah dengan niat kerana Allah. Niat ini tak perlu kita lafaz cam nak solat ker, tapi just terdetik  dalam hati dah cukup. Apa yang penting, setiap perkara yang kita buat adalah kerana Allah. Jangan kita niat nak menunjukkan atau sebagainya.
 

2. Menyayangi  Saudara Sesama Islam.

Kita hendaklah menyayangi saudara sesama Islam. Jangan kita saling benci membenci dan bersengketa antara satu sama lain. Orang Islam sepatutnya mengambil berat dan menjaga hati, perasaan dan harta benda saudara seislamnya. Rasulullah telah tunjukkan kasih sayang sesama Islam melalui kaum Muhajirin dan Ansar semasa peristiwa Hijrah.
 

3. Menyayangi Rasulullah SAW

Kita diseru supaya menyayangi Rasulullah lebih daripada menyayangi ibu bapa dan saudara mara kita. Ada hadis mengenai perkara ini. Untuk jadi mukmin yang sebenarnya, hendaklah kita meletakkan Rasulullah adalah orang yang paling kita sayang. Oleh itu hendaklah kita selalu berselawat ke atasnya.
 

4. Membayar Zakat

Sebagai orang Islam yang beriman, kita disuruh oleh Allah untuk mengeluarkan zakat. Zakat ini antara perkara yang wajib dan menjadi rukun Islam. Umat Islam mesti mengutamakan membayar zakat daripada membayar cukai pendapatan. Wang zakat digunakan adalah untuk membantu saudara Islam yang lain. Bagaimana mungkin kita kata sayang kepada saudara Islam yang lain tetapi zakat kita tidak keluarkan.
 
 
Itu antara yang aku dapat daripada khutbah hari ini. Marilah kita bersama-sama mengambilnya sebagai panduan dan pendoman supaya sama-sama kita menjadi mukmin sejati. Menjadi mukmin sejati dan disayangi oleh Allah dan RasulNya adalah hak semua orang dan bukan menjadi hak istimewa sesiapa pun. Allah tidak memandang status, kekayaan, kealiman, keilmuan jika itu semua tidak kerana Allah. Jadi marilah kita rebut umur yang ada ini untuk mendapat kebahagian di Syurga. Aminnn........
 

BERITA MAT YO Vs BERITA KEMATIAN USTAZ AZIZAN

Pada minggu ini heboh mengenai berita mengenai pergaduhan antara isteri mat yo dengan pak guard di lapangan terbang sultan Abdul Aziz, subang. semua sibuk nak mengambil tahu apa yang berlaku sama ada di facebook, di blog, di media cetak dan eletronik dan di youtube. Sensasinya berita tersebut kerana perempuan itu adalah isteri mat yo, pemain bola sepak JDT dan Negara.
 
Pada 26.9.2013 @ 11.05 pagi kita dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Azizan mantan Menteri Besar Kedah. Beliau merupakan seorang tokoh agama di Negara ini dan telah berusaha sepanjang hidupnya untuk memartabatkan agama Islam di Malaysia. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kerugian kepada Negara dan kita kehilangan seorang lagi ulama yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar. Kebanyakkan media hanya menyatakan berita mengenai kematian Allahyarham sahaja dan tidak ada pula media yang mengulas mengenai jasa Allahyarham dan perjuangnya untuk Islam.
 
Mengapa masyarakat kita hari ini sibuk hendak mengambil tahu mengenai keburukkan orang lain. Pantang ada yang tidak kena semua pihak mahu mengambil tahu dengan lebih dekat dan terperinci setiap yang berlaku. Berita mengenai isteri Mat Yo mendapat tumpuan umum sedangkan ianya tidak memberi apa-apa manfaat pun. Perkara pun sudah berlaku dan biarlah kita mengambil pengajaran dan iktibar terhadap apa yang berlaku. Cukup-cukup lah kita mengaibkan orang lain. Islam tidak suruh kita buat benda-benda itu semua. Kita juga bukan sempurna, kita juga ada perkara salah yang kita buat, cuma tidak diketahui orang lain dan kita bukannya selebriti. Tetapi Allah mengetahui segalanya.
 
Sepatutnya kita bersedih dengan pemergian Allahyarham Ustaz Azizan. Seorang tokoh agama yang komited dan menyumbang umur dan tenaganya untuk Islam. Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah UKM. Beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang pernah didudukinya iaitu di Maktab Mahmud pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan UIAM (1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu, bhasa Inggeris, Bahasa Arab dan bahasa Filipina (sumber Wikipedia bertarikh 27.9.13).
 
Marilah sama-sama kita renungkan siapakah yang lebih berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Adakah Mat Yo & isterinya atau Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak. Jangan kita pandang kepada populariti tetapi pandang pada sumbangan yang diberikan. Bagi saya sepatutnya berita mengenai pemergian Allahyarham mendapat perhatian umum. Jasa dan pengorbanan Allahyarham patut menjadi tumpuan media supaya menjadi teladan dan idola kepada masyarakat. Kita kena wujudkan suasana orang Islam di Negara kita sayangkan ulama dan bukannya sayangkan artis dan ahli sukan dsb. ( Saya ulas dari skop liputan berita yang menjadi minat dan tumpuan orang ramai).
 
 
 
 
 
 
 

ORANG PELIK BERJALAN DI SUBUH HARI

Sedar tidak sedar dah 1 tahun 3 bulan aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi ke tempat kerja di Jalan Duta Kuala Lumpur. Setiap pagi bangun pukul 5.45 pagi, mandi sebelum tu gogok gigi dulu kadang-kadang terlupa juga nak gosok hentam mandi terus jer. Kadang-kadang mandi yang wajib pun boleh terlupa kena la mandi balik, manusia mudah lupa. Bersiap dengan pakai baju kerja, sembur minyak wangi sikit dan solat subuh dulu dan terus start kereta bergerak ke jalan raya. Anak-anak masih tidur dengan nyeyak.
 
Dengan men-drive kelisa 1.0 auto aku meluncur laju ke tol kajang kadang-kadang ikut tol bangi kalu dah lewat. Nak sampai ke tol kajang, banyak betul lampu isyaratnya..ada dalam 6 kot lampu isyarat. Untuk makluman rumah aku di Kampung Sungai Tangkas. Nama aja kampong tapi dah jadi kawasan perumahan yang pesat membangun. Aku berterima kasih dengan kereta kelisa ni, banyak jasanya membawa aku ke tempat kerja dan lain-lain tempat tanpa dia pernah complain penat ker atau apa-apa lagi.
 
Pagi ni 27 September 2013, aku seperti biasa keluar daripada rumah jam 6.00 pagi pergi surau dulu solat subuh sebab subuh masuk awal. Ustaz cakap kalau solat subuh berjemaah fadilatnya seolah-olah kita beribadat sepanjang malam. Alhamdulillah minggu ini setiap pagi dapat solat subuh berjemaah di surau.
 
Setibanya aku di traffic light di simpang Tasik Cempaka, aku ternampak seorang lelaki india kalau tak salah berjalan di tepi jalan sambil menarik beg pakaian beroda. Dalam hati nak berhenti untuk tumpangkan tetapi terfikir pulak kot-kot perkara buruk pulak berlaku. Pelbagai persoalan timbul di fikiran...siapa dia? nak kemana? kenapa pepagi buta tarik beg di tepi jalan? lari dari rumah ka?.... Sepatutnya aku berhenti menolong tetapi ada perasangka buruk tak jadi nak menolong. Aku kena buat perasaan prasangkan buruk inui dan sepatutnya bersangkan baik. Mungkin orang itu betul2 dalam kesusahan.
 
Jadi aku biarkan berlalu persoalan itu dan jika aku berhenti semua persoalan akan terjawab. Aku meneruskan perjalanan ke lebuh raya untuk ke tol sungai besi. Tengok meter minyak ada lagi satu takok,jadi aku berhenti mengisi minyak di stesyen Sell sebelum sampai ke plaza tol sungai besai. Isi RM30.00 dan cuci cermin kereta depan dan belakang, punya la berdebu dan aku teruskan perjalanan. Seperti biasa jalan raya dipenuhi dengan kereta dan motosikal. Semua orang nak pergi ke tempat kerja.
 
Tepat jam 7.00 pagi aku sampai di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Punch in dan terus naik ke pejabat. Seperti biasa aku orang pertama yang sampai di pejabat. On semua lampu dan masuk ke bilik on lampu dan aircond. Alhamdulillah selamat sampai di pejabat.
 
 

Thursday, 26 September 2013

TONGKAT ALI GERGASI [ THE BIGGEST EURYCOMA LONGIFOLIA ] 1200 TAHUN


 
TONGKAT ALI atau nama saintifiknya EURYCOMA LONGIFOLIA merupakan herba yang tidak asing lagi di dunia. Di negara kita herba ini boleh diperolehi di dalam hutan dan ada yang ditanam secara komersial. Khasiat Tongkat Ali telah diketahui umum terutamanya untuk kegunaan kaum Adam. Pada entry kali ini saya mahu memberi sedikit info dan berkongsi maklumat mengenai TONGKAT ALI GERGASI yang merupakan Tongkat Ali yang terbesar di dunia yang dimiliki oleh ABDUL RAZAL BIN ISMAIL yang merupakan bapa saudara saya. Baru-baru ini saya balik ke kampong dan berjumpa dengan beliau, baru saya tahu rupa-rupanya beliau memiliki TONGKAT ALI GERGASI ini dan saya berkongsi cerita dengannya.
 

 LATARBELAKANG TONGKAT ALI GERGASI

Tarikh ditemui  : 17 Feb 2005
Lokasi  ditemui : Taiping, Perak, 
Saiz                   : 3.5 meter tinggi. Diammeter 85cm Berat 200kg
Usia (age)         : 1200 tahun (lebih kurang)
Anugerah          : The Malaysia Book of Records Holder dan Ahli Kelab Guinness World of Records
Pameran           : Antarabangsa - WHAT MEDICINE & NATPRO EXHUBITION
                           Tempatan - Pesta Pulau Pinang , Misteri Keajaiban Alam , FRIM Kepong Selangor
                           Kolej dan university tempatan
 

CERITA BAGAIMANA DITEMUI

Pak cik saya merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Pada peringkat awal penglibatan adalah secara suka-suka dan lama kelamaan menjadi salah satu sumber pendapatan. Beliau lebih terdorong untuk mencari herba Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Sumber utama beliau mendapatkan herba-herba ini ada di sekitar hutan di kawasan Taiping. Baru saya tahu bahawa terdapat banyak Tongkat Ali dan Kacip Fatimah di dalam hutan sekitar Taiping dan kawasan berdekatan dengannya.
 

Perkara Aneh dan Pelik

Pada suatu hari ketika berada di dalam hutan belantara di Taiping, Perak mencari herba Tongkat Ali dan Kacip Fatimah tiba-tiba beliau terdengar suara riuh rendah bersorak seolah-olah di dalam stadium menyaksikan satu perlawanan bola sepak. Beliau terkejut apabila mendengar suara sorakan itu dating dari arah empat penjuru hutan tersebut. Sorakan itu sunggut kuat sekali seolah-olah ada puluhan ribu orang menonton perlawanan bola sepak. Beliau terkedu seketika apabila mendengar sorakan kuat itu dan ianya berlaku selama hamper 15 minit. Sepanjang beliau mencari akar-akar kayu sejak 20 tahun lalu, belum pernah beliau mengalami kejadian aneh seumpama ini.
 
Dalam hati kecilnya berkata, suara ini bukannya datang daripada manusia biasa sebaliknya suara dari mahkluk halus yang mendiami hutan belantara ini. Kalau nak kata suara manusia tidak masuk akal kerana di dalam hutan mana ada orang melainkan makhluk halus yang mendiaminya. Sebaik saja suara aneh itu ghaib dengan tidak semena-mena pokok sebesar pemeluk di hadapanya puoa tiba-tiba bergoyang-goyang ke kiri dan kanan seolah-olah dilanda rebut kencang.

Apa yang peliknya pokok-pokok lain yang berada dalam hutan itu dalam keadaan biasa sahaja, sedikit pun tidak bergoyang. Sekali lagi beliau terkedu menyaksikan kejadian penuh misteri itu. Dalam hati terdetik adakah ini tanda perkara buruk atau perkara baik yang akan berlaku, namun apa pun tawakal kepada Allah. Pokok itu bergoyang lebih kurang selama 5 minit dan kembali menjadi normal.
 
Pokok tersebut kelihatan seperti Tongkat Ali tetapi ianya begitu besar saiznya berbanding dengan pokok Tongkat Ali yang biasa dijumpai. Bagi mendapatkan kepastian, beliau telah mendekati pokok tersebut dan melihat ciri-cirinya. Dipastikan bahawa pokok itu adakah pokok tongkat ali dan beliau tergamam melihatnya. Ini merupakan penemuan yang paling berharga baginya.

Proses menggali Tanah bagi mendapatkan akar tongkat ali ini memakan masa lebih kurang 3-4 jam. Kedalaman lubang yang digali melebihi 4 meter. Proses untuk mengeluarkan akarnya memang penuh keringat. Alangkah terperanjatnya dan kagumnya beliau dengan ciptaan Illahi, akar Tongkat Ali tersebut adalah sepanjang 3.5 meter Berkat usaha beliau dan 2 rakannya, akhirnya akar tongkat ali tersebut dapat dikeluarkan. Akarnya memang berat dan ditarik oleh mereka bertiga.
 
Selepas memperolehi tongkat ali gergasi tersebut, beliau telah dipanggil untuk menyertai beberapa pameran perubata tradisional di peringkat antarabangsa dan tempatan. Beliau juga merupakan pemegang MALAYSIA BOOK OF RECORDS dan Ahli Kelab Guinnes World Of Records kerana memilik TONGKAT ALI GERGASI.


Beliau memberitahu saya bahawa, beliau mahu menjual TONGKAT ALI GERGASI ini dan tidak mahu menyimpannya lagi. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya melalui email krezam78@gmail.com atau krezam78@yahoo.com. [ if any body want to buy this Tongkat Ali, you can contact me using the e-mail ].

Wassalammm......
 

 

Wednesday, 25 September 2013

AKU BUDAK KAMPUNG

 

HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini dalam sejarah.... setelah lama berkecimpung dalam melayari alam maya (internet) dan melihat blog-blog orang dan hari ini terfikir pulak nak buat blog sendiri. Walau pun aku tidak ada ilmu yang cukup dalam IT, Alhamdulillah dapat juga buat blog dan tulis post pertama aku.

 

pisau belati

Untuk post pertama, aku memperkenalkan diri dahulu. Dalam blog ini aku akan guna nama penaku zamo ranos. Apa yang menarik mengenai pisau belati ini adalah ianya merupakan pisau yang telah lama digunakan dan fungsinya adalah untuk menikam. Aku ada sebuah pisau belati yang aku gunakan untuk melapah binatang sembelihan. Minggu ini aku asyik asah pisauku untuk melapah pada raya korban yang tidak lama lagi akan menjelang.


Aku dibesarkan di sebuah kampung di Perak. Kehidupan kecilku adalah kehidupan sebagai seorang budak kampung. Perkara last yang aku ingat ketika aku kecil, adalah aku hari pertama aku dihantar oleh abahku ke sekolah nak masuk darjah satu. Apa yang ada dalam fikiranku ketika itu adalah, apabila masuk darjah satu aku mesti kena cucuk BCG. Itulah yang dicakapkan oleh kawan dan saudaraku yang telah bersekolah. Semasa atas motor vespa lagi aku dok mencubit sekuat hati bahuku sebagai persediaan untuk menahan sakit ketika dicucuk nanti. Sebagai budak kampong memang aku seorang yang lasask. Bagiku setakat kena cucuk dengan jarum, aku masih dapat bertahan.

Kehidupanku di kampung adalah detik-detik yang menyeronokkan. Walaupun ketika itu kemudahan adalah terhad tetapi aku gembira dengan kehidupanku. Ketika kecil kemewahan bukanlah penting bagiku, tetapi kawan-kawan dan dapat bermain setiap hari, itu yang lebih penting. Rindu pulak kat kampung aku .....

Dalam bidang akademik, semasa di sekolah rendah aku dikategorikan pelajar yang sederhana. Dalam peperiksaan aku akan dapat nombor antara 4-10. Boleh dikatakan top ten student la juga, tapi tak pernah la nak dapat naik pentas terima hadiah. Tapi aku cemerlang dalam sukan. Semua sukan kat sekolah, boleh dikatakan semua aku join dan jadi wakil sekolah. Aku juara dalam acara olahraga 100 meter, 200 meter, 4x100 meter semua aku masuk. Kenangan manis adalah menjadi olahragawan sekolah, saham pun naik bro..peminat pun ramai... tapi itu semua kenangan ketika sekolah rendah.

Ketika sekolah menengah, aku aktif dalam persatuan la pulak. Bukannya apa sebab dah tak ada orang lain, jadi muka aku yang cikgu-cikgu nampak. Apa nak kata, ikut aja arahan cikgu. Alhamdulillah SPM aku dapat keputusan yang agak baik dan menyambung pelajara ke ITM Arau Perlis dan aku ambil bidang perakaunan. Ini juga cabaran, sebab aku tak belajar akaun tapi ambil bidang ini, ikut kawan punya pasal. Aku nekad aja lah belajar di ITM dan kemudian menjadi Uitm.

Ini lah serba sedikit pengenalan mengenai aku... sekarang aku dah bekerja, berkahwin dan ada 4 orang anak hasil perkongsian selama 7 tahun bersama isteri kesayangku. Semoga jodohku kekal hingga ke syurga dan anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah...itu harapan setiap pasangan suami isteri...aminnnnn.