Friday, 27 September 2013

KUALITI STEAK DI AUSTIN STEAK BANGI MENGECEWAKAN

Sampai je di rumah lebih kurang jam 6.00 petang. Masuk je pintu rumah, isteri minta tolong belikan gas dapur sebab dah habis. Anak-anak pun makan nasi dengan kicap saja. Kesian la pulak kat depa. Isteri terus beri cadangan untuk makan kat luar aja malam ni. Aku ok je, lagipun dah lama tak makan di luar. Aku pula terus capai kunci kereta nak kedai nak beli gas bagi kegunaan esok pagi. 

Selepas solat maghrib, aku pun turun ke bawah dan tengok isteri dan anak-anak dah bersiap. Semangat betul depa nak pi makan malam di luar. Tapi dalam kepala aku belum decide nak pi makan kat mana. Dah start kereta baru terpikir nak makan di village view atau di austin steak seksyen 7 bangii. Last sekali aku decide nak pi makan western kat austin je sebab belum pernah makan di sana. Isteri aku ikut aja dan anak-anak ok jer, asalkan dapat keluar malam ni.

Sampai je austin dalam jam 8.00 malam. Parking masih ada yang kosong. Aku dok ingat mesti penuh restoran ni sebab malam sabtu dan baru dapat gaji. Lagi pun restoran ni mendapat review yang baik daripada orang ramai. Sebelum ini aku pernah datang tapi bila sampai, orang ramai telah penuh. Jadi aku pun balik saja. Tapi malam ni aku terkejut yang restoran masih ada banyak tempat duduk yang kosong.

Kami pun duduk dan terus diberikan menu. Aku oder sirlion steak, isteri order lamb chop dan untuk anak-anak pula moroco rice. Setelah menunggu lebih kurang 10 minit makan dan minum pun sampai. Morroco rice je tak sampai. Aku tengok sirlion steak ni ciput je, patut harganya murah rm13.90. Apa yang aku rasa, steak ni rasanya biasa saja. Steak telah terlebih masak, so ianya keras dan kering tidak berjus. Gravinya pula rasa biasa2 saja. 

Aku dan isteri agak tidak berpuashati dengan hidangan steak dan lamb chop. Ianya tidak seperti review daripada orang ramai yang cakap steak di austin memang sedap. Tapi itu review tahu  lepas, tapi bagi aku makan di sini agat mengecewakan aku dan isteri. Setelah habis steak dan kami terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit baru morroco rice pun sampai. Lambat betul servicenya, anak-anak dah lapar. Dah sampai nasi, sudu pula tak ada, jadi aku suap anak guna garpu sahaja. Aku hanya menggelengkan kepala.

Aku jengok di dapur, aku hanya nampak 4 ke 5 orang anak muda dok sibuk memasak di dapur. Aku ingatkan ada chef lengkap dengan baju chef di dapur. Tapi orang muda yang masak. Aku cakap kat isteri, austin ni maybe tukang masaknya dah bertukar atau dah tukar management. Rasa makan kat sini biasa2 saja tidak seperti yang dicanangkan oleh orang bangi. Satu lagi petunjuk, banyak meja kosong time aku sampai dan time aku balik.

Apa-apa pun kita kena bersyukur dengan rezeki Allah pada malam ni. Aku bagi rating 2.5 bintang daripada 5 bintang bagi austin steak house bangi. jus nanas yang aku oder juga rasa sedikit masam cam buah dah lebam. Aku sedikit kecewa dengan kualiti makanannya. 

No comments:

Post a Comment