

Mengapa masyarakat kita hari ini sibuk hendak mengambil tahu mengenai keburukkan orang lain. Pantang ada yang tidak kena semua pihak mahu mengambil tahu dengan lebih dekat dan terperinci setiap yang berlaku. Berita mengenai isteri Mat Yo mendapat tumpuan umum sedangkan ianya tidak memberi apa-apa manfaat pun. Perkara pun sudah berlaku dan biarlah kita mengambil pengajaran dan iktibar terhadap apa yang berlaku. Cukup-cukup lah kita mengaibkan orang lain. Islam tidak suruh kita buat benda-benda itu semua. Kita juga bukan sempurna, kita juga ada perkara salah yang kita buat, cuma tidak diketahui orang lain dan kita bukannya selebriti. Tetapi Allah mengetahui segalanya.
Sepatutnya kita bersedih dengan pemergian Allahyarham Ustaz Azizan. Seorang tokoh agama yang komited dan menyumbang umur dan tenaganya untuk Islam. Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah UKM. Beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang pernah didudukinya iaitu di Maktab Mahmud pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan UIAM (1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu, bhasa Inggeris, Bahasa Arab dan bahasa Filipina (sumber Wikipedia bertarikh 27.9.13).
Marilah sama-sama kita renungkan siapakah yang lebih berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Adakah Mat Yo & isterinya atau Allahyarham Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak. Jangan kita pandang kepada populariti tetapi pandang pada sumbangan yang diberikan. Bagi saya sepatutnya berita mengenai pemergian Allahyarham mendapat perhatian umum. Jasa dan pengorbanan Allahyarham patut menjadi tumpuan media supaya menjadi teladan dan idola kepada masyarakat. Kita kena wujudkan suasana orang Islam di Negara kita sayangkan ulama dan bukannya sayangkan artis dan ahli sukan dsb. ( Saya ulas dari skop liputan berita yang menjadi minat dan tumpuan orang ramai).
No comments:
Post a Comment