Wednesday, 25 September 2013

AKU BUDAK KAMPUNG

 

HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini dalam sejarah.... setelah lama berkecimpung dalam melayari alam maya (internet) dan melihat blog-blog orang dan hari ini terfikir pulak nak buat blog sendiri. Walau pun aku tidak ada ilmu yang cukup dalam IT, Alhamdulillah dapat juga buat blog dan tulis post pertama aku.

 

pisau belati

Untuk post pertama, aku memperkenalkan diri dahulu. Dalam blog ini aku akan guna nama penaku zamo ranos. Apa yang menarik mengenai pisau belati ini adalah ianya merupakan pisau yang telah lama digunakan dan fungsinya adalah untuk menikam. Aku ada sebuah pisau belati yang aku gunakan untuk melapah binatang sembelihan. Minggu ini aku asyik asah pisauku untuk melapah pada raya korban yang tidak lama lagi akan menjelang.


Aku dibesarkan di sebuah kampung di Perak. Kehidupan kecilku adalah kehidupan sebagai seorang budak kampung. Perkara last yang aku ingat ketika aku kecil, adalah aku hari pertama aku dihantar oleh abahku ke sekolah nak masuk darjah satu. Apa yang ada dalam fikiranku ketika itu adalah, apabila masuk darjah satu aku mesti kena cucuk BCG. Itulah yang dicakapkan oleh kawan dan saudaraku yang telah bersekolah. Semasa atas motor vespa lagi aku dok mencubit sekuat hati bahuku sebagai persediaan untuk menahan sakit ketika dicucuk nanti. Sebagai budak kampong memang aku seorang yang lasask. Bagiku setakat kena cucuk dengan jarum, aku masih dapat bertahan.

Kehidupanku di kampung adalah detik-detik yang menyeronokkan. Walaupun ketika itu kemudahan adalah terhad tetapi aku gembira dengan kehidupanku. Ketika kecil kemewahan bukanlah penting bagiku, tetapi kawan-kawan dan dapat bermain setiap hari, itu yang lebih penting. Rindu pulak kat kampung aku .....

Dalam bidang akademik, semasa di sekolah rendah aku dikategorikan pelajar yang sederhana. Dalam peperiksaan aku akan dapat nombor antara 4-10. Boleh dikatakan top ten student la juga, tapi tak pernah la nak dapat naik pentas terima hadiah. Tapi aku cemerlang dalam sukan. Semua sukan kat sekolah, boleh dikatakan semua aku join dan jadi wakil sekolah. Aku juara dalam acara olahraga 100 meter, 200 meter, 4x100 meter semua aku masuk. Kenangan manis adalah menjadi olahragawan sekolah, saham pun naik bro..peminat pun ramai... tapi itu semua kenangan ketika sekolah rendah.

Ketika sekolah menengah, aku aktif dalam persatuan la pulak. Bukannya apa sebab dah tak ada orang lain, jadi muka aku yang cikgu-cikgu nampak. Apa nak kata, ikut aja arahan cikgu. Alhamdulillah SPM aku dapat keputusan yang agak baik dan menyambung pelajara ke ITM Arau Perlis dan aku ambil bidang perakaunan. Ini juga cabaran, sebab aku tak belajar akaun tapi ambil bidang ini, ikut kawan punya pasal. Aku nekad aja lah belajar di ITM dan kemudian menjadi Uitm.

Ini lah serba sedikit pengenalan mengenai aku... sekarang aku dah bekerja, berkahwin dan ada 4 orang anak hasil perkongsian selama 7 tahun bersama isteri kesayangku. Semoga jodohku kekal hingga ke syurga dan anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah...itu harapan setiap pasangan suami isteri...aminnnnn.

No comments:

Post a Comment