Friday, 27 September 2013

KHUTBAH JUMAAT : THE TRUE MUKMIN

Hari ini aku pergi solat jumaat di ISTAC. Khutbah jumaatnya dalam bahasa Inggeris. Kalau nak tahu ISTAC adalah singkatan bagi International Institute of Islamic Thought and Civilization. Terletak di Bukit Tunku, masuk ikut hentian duta terus ke atas bukit, selepas IMM akan jumpa ISTAC ni. So, aku nak berkongsi apa yang aku dengar semasa khatib memberikan kutbah mengenai ciri-ciri The True Mukmin (Mukmin sejati). Antaranya seperti berikut:
 

1. Niat 

Apa yang kita lakukan mestilah dengan niat kerana Allah. Niat ini tak perlu kita lafaz cam nak solat ker, tapi just terdetik  dalam hati dah cukup. Apa yang penting, setiap perkara yang kita buat adalah kerana Allah. Jangan kita niat nak menunjukkan atau sebagainya.
 

2. Menyayangi  Saudara Sesama Islam.

Kita hendaklah menyayangi saudara sesama Islam. Jangan kita saling benci membenci dan bersengketa antara satu sama lain. Orang Islam sepatutnya mengambil berat dan menjaga hati, perasaan dan harta benda saudara seislamnya. Rasulullah telah tunjukkan kasih sayang sesama Islam melalui kaum Muhajirin dan Ansar semasa peristiwa Hijrah.
 

3. Menyayangi Rasulullah SAW

Kita diseru supaya menyayangi Rasulullah lebih daripada menyayangi ibu bapa dan saudara mara kita. Ada hadis mengenai perkara ini. Untuk jadi mukmin yang sebenarnya, hendaklah kita meletakkan Rasulullah adalah orang yang paling kita sayang. Oleh itu hendaklah kita selalu berselawat ke atasnya.
 

4. Membayar Zakat

Sebagai orang Islam yang beriman, kita disuruh oleh Allah untuk mengeluarkan zakat. Zakat ini antara perkara yang wajib dan menjadi rukun Islam. Umat Islam mesti mengutamakan membayar zakat daripada membayar cukai pendapatan. Wang zakat digunakan adalah untuk membantu saudara Islam yang lain. Bagaimana mungkin kita kata sayang kepada saudara Islam yang lain tetapi zakat kita tidak keluarkan.
 
 
Itu antara yang aku dapat daripada khutbah hari ini. Marilah kita bersama-sama mengambilnya sebagai panduan dan pendoman supaya sama-sama kita menjadi mukmin sejati. Menjadi mukmin sejati dan disayangi oleh Allah dan RasulNya adalah hak semua orang dan bukan menjadi hak istimewa sesiapa pun. Allah tidak memandang status, kekayaan, kealiman, keilmuan jika itu semua tidak kerana Allah. Jadi marilah kita rebut umur yang ada ini untuk mendapat kebahagian di Syurga. Aminnn........
 

No comments:

Post a Comment