Saturday, 28 September 2013

MUFLIS AKHIRAT



Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerna masih diberikan umur dan nyawa lagi pada pagi ini. Syukur juga dapat aku solat subuh berjemaah. Pada pagi tadi aku berkesempatan mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz zainal. Dah lama juga aku tak dengar kuliah subuh. Aku cuma nak berkongsi ilmu yang aku dapat semasa kuliah subuh tadi untuk manfaat kita bersama.

Pagi tadi ustaz zainal menerangkan mengenai nama2 Allah. Tapi salah satu perkara yang membuat aku terkesima apabila ustaz menyatakan mengenai muflis akhirat. Menurut ustaz, janganlah kita berbangga dengan kuasa, kekayaan dan pangkat yang kita ada sekarang. Jika kita guna kuasa untuk mengambil hak orang lain atau menganiayai orang, akhirat kelak Allah akan ketemukan kita dengan org yg kita zalimi itu.

Ketika itu Allah akan tayang semula apa yg dah kita lakukan. Jika kita zalimi org, pahala solat, pahala sedekah, pahala zakat dan lain2 lg akan diberikan kepada org2 yg pernah kita zalimi. Jika pahala kita dah habis diberikan, dosa org yg kita zalimi itu akan diberikan pula kepada kita. Ketika itu, kita dikatakan sebagai muflis akhirat. Bukan sahaja semua pahala diberikan kepada org malah dosa  org pula yg kita tanggung.

Justeru itu, jgnlah kita berbangga dengan kuasa yg kita ada. Setiap kezaliman yg kita buat akan dibalas oleh Allah kelak. Sesungguhnya pangkat, kuasa, kekayaan adalah salah satu bentuk dugaan drp Allah. Janganlah kita ambil mudah dan memandang ringan perkara ini. Ambillah iktibar drp kuliah subuh ini.
Wassalam....

No comments:

Post a Comment