Friday, 27 September 2013

ORANG PELIK BERJALAN DI SUBUH HARI

Sedar tidak sedar dah 1 tahun 3 bulan aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi ke tempat kerja di Jalan Duta Kuala Lumpur. Setiap pagi bangun pukul 5.45 pagi, mandi sebelum tu gogok gigi dulu kadang-kadang terlupa juga nak gosok hentam mandi terus jer. Kadang-kadang mandi yang wajib pun boleh terlupa kena la mandi balik, manusia mudah lupa. Bersiap dengan pakai baju kerja, sembur minyak wangi sikit dan solat subuh dulu dan terus start kereta bergerak ke jalan raya. Anak-anak masih tidur dengan nyeyak.
 
Dengan men-drive kelisa 1.0 auto aku meluncur laju ke tol kajang kadang-kadang ikut tol bangi kalu dah lewat. Nak sampai ke tol kajang, banyak betul lampu isyaratnya..ada dalam 6 kot lampu isyarat. Untuk makluman rumah aku di Kampung Sungai Tangkas. Nama aja kampong tapi dah jadi kawasan perumahan yang pesat membangun. Aku berterima kasih dengan kereta kelisa ni, banyak jasanya membawa aku ke tempat kerja dan lain-lain tempat tanpa dia pernah complain penat ker atau apa-apa lagi.
 
Pagi ni 27 September 2013, aku seperti biasa keluar daripada rumah jam 6.00 pagi pergi surau dulu solat subuh sebab subuh masuk awal. Ustaz cakap kalau solat subuh berjemaah fadilatnya seolah-olah kita beribadat sepanjang malam. Alhamdulillah minggu ini setiap pagi dapat solat subuh berjemaah di surau.
 
Setibanya aku di traffic light di simpang Tasik Cempaka, aku ternampak seorang lelaki india kalau tak salah berjalan di tepi jalan sambil menarik beg pakaian beroda. Dalam hati nak berhenti untuk tumpangkan tetapi terfikir pulak kot-kot perkara buruk pulak berlaku. Pelbagai persoalan timbul di fikiran...siapa dia? nak kemana? kenapa pepagi buta tarik beg di tepi jalan? lari dari rumah ka?.... Sepatutnya aku berhenti menolong tetapi ada perasangka buruk tak jadi nak menolong. Aku kena buat perasaan prasangkan buruk inui dan sepatutnya bersangkan baik. Mungkin orang itu betul2 dalam kesusahan.
 
Jadi aku biarkan berlalu persoalan itu dan jika aku berhenti semua persoalan akan terjawab. Aku meneruskan perjalanan ke lebuh raya untuk ke tol sungai besi. Tengok meter minyak ada lagi satu takok,jadi aku berhenti mengisi minyak di stesyen Sell sebelum sampai ke plaza tol sungai besai. Isi RM30.00 dan cuci cermin kereta depan dan belakang, punya la berdebu dan aku teruskan perjalanan. Seperti biasa jalan raya dipenuhi dengan kereta dan motosikal. Semua orang nak pergi ke tempat kerja.
 
Tepat jam 7.00 pagi aku sampai di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Punch in dan terus naik ke pejabat. Seperti biasa aku orang pertama yang sampai di pejabat. On semua lampu dan masuk ke bilik on lampu dan aircond. Alhamdulillah selamat sampai di pejabat.
 
 

No comments:

Post a Comment