Hari ini sembahyang jumaat di ISTAC. Tiba2 si Dato' Saleh NFC mai duduk di sebelah aku. Sama-sama la mendengar khutbah. Tapi dalam pikiran bengang juga kat mamat ni. Guna duit rakyat untuk kepentingan keluarga sendiri. Kena pulak dengan topic khutbah hari mengenai hak antara saudara Islam.
Tok Khatib pula rasanya orang Filipina. Bahasa Inggerisnya kejab aku faham, kejab aku tak berapa nak paham. Tapi antara isi khutbah yang aku dapat hari ini untuk perkongsian sesame kita adalah seperti berikut:
- Sebagai orang Islam kita mesti menjaga hak saudara Islam kita yang lain. Hak dari segi nyawa, harta benda dan maruah. Haram bagi org Islam membunuh, menggunakan atau mengambil harta saudara Islamnya serta haram juga menjatuhkan maruh sudara Islamnya. Kita mesti menjaga hak org Islam sebagaimana kita menjaga hak kita dan begitu jugalah sebaliknya.
- Semasa Hijrah, Rasulullah telah mengeratkan hubungan sesama saudara Islam yakni antara kaum muhajirin dan Ansar. Walaupun kaum Ansar menawarkan pelbagai keistimewaan kepada kaum Muhajirin tetapi mereka tidak pernah mengambil kesempatan. Sebagai contoh sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Auf yang ditawarkan sebahagian harta oleh kaum Ansar tetapi beliau menolaknya dengan baik dan bersikap untuk mencari sendiri harta dengan berniaga.
Kalau melihat apa yang berlaku sekarang, org Islam saling berbunuhan, saling menindas antara satu sama lain dan mencemar maruah saudara seIslamnya. Sekejab tadi baik punya dengar khutbah tetapi ianya tidak memberi kesan kepada Jemaah. Aku cakap begini kerana sewaktu habis je solat masing-masing berebut nak keluar daripada masjid. Org bagi signal minta laluan nak keluar langsung tidak diendahkannya. Ini baru bab keluar parking pun dah tak boleh bertolak ansur apakah lagi bab bab yang lebih besar.
Ya..Allah kau berilah keimanan kepada semua umat Islam di dunia ini supaya lebih menyayangi antara satu sama lain dan bab kata pepatah cubit paha kiri paha kanan pun terasa. Janganlah kita menjadi org Islam yang pentingkan diri. Aku juga beri peringatan ini kepada diri aku.
Wallahualam....