Sejarahnya bermula tahun lepas apabila aku dok bersembang dengan kawanku Apai. Apai ni seorang chef pernah kerja di Paparich, Hotel dan beberapa buah restoran lagi. Ntah cam mana satu hari dia dok cerita pasal tiramisu yang dia buat. Aku dengar cam sedap jer rasanya dan terbayang-bayang rupayanya. Padahal pertama kali aku terdengar nama tu.
Apabila aku balik ke rumah dan aku pun cakap kat isteriku, boleh tak dia buat tiramisu. Dia cakap insyallah boleh, sebab dia pun tahu pasal kek tu. Lagipun dia memang suka dok buat macam2 kek dan lain2 kuih muih moden dan tradisional.
Pertama kali buat, rasanya ok, sedap. Lama-kelamaan rasanya bertambah sodap dan mendapat pujian jiran dan rakan. Minggu lepas, aku minta dia buat sample tiramisu untuk bawa ke pejabat. AKu just nak try market je hehehe. Bukannya apa cuma nak berkongsi kesedapan rasa tiramisunya dengan rakan sekerjaku. Alhamdulillah, ada yang berminat dan order.
Petang semalam isteriku masih dok sibuk buat tiramisu kerana kawan-kawannya pula yang oder. Jual pun tidaklah mahal, cuma suka-suka untuk berkongsi dengan orang lain. Dapat balik modal pun dah dikira ok. AKu just tolong sikit2 dan memberi semangat jer. Harap-harap dia berjaya dengan tiramisunya.
No comments:
Post a Comment