Aku menghadiri meeting hari ini. Aku hanya wakil bosku yang bercuti. Aku hanya melihat dan mendengar perbualan ahli-ahli mesyuarat yang lain. Apa yang aku nak kongsikan adalah, pemikiran kebanyakkan kita sebenarnya tidak mengikut kehendak agama dan ulama' terdahulu.
Apabila melibatkan pihak VVIP, budget makan mesti dinaikkan untuk menjaga status VVIP tersebut dan imej organisasi. Tidakkah mereka berfikir bahawa duit yang digunakan adalah duit rakyat. Adakah duit itu wajar digunakan untuk golongan atasan makan mewah-mewah sedangkan ada saudara seislam dengan kita susah dan menderita di luar. Yang tidak ada rumah, yang tidak ada pekerjaan, yang ada penyakit kronik itu adalah lebih aula' di tolong drp hanya membayar kos yang mahal untuk makanan golongan VVIP. Manusia adalah sama disisi Allah. Tidakkah kita malu menggunakan duit awam untuk kemewahan kita sedangkan org lain bersusah payah menyumbangkan duit tersebut.
Apabila kita membaca kisah pemimpin terdahulu seperti Rasulullah SAW, Khulafa Ar Rasyidin, Umar Abdul Aziz betapa mereka menjaga harta negara demi untuk kepentingan orang awam dan bukannya untuk kepentingan dan kemewahan golongan bangsawan. Itulah iman dan akhlak pemimpin yang takutkan Allah dengan pemimpin yang gilakan dunia.
Aku hendak bersuara tetapi ada beberapa org lain yang berpikiran seperti aku tetapi ianya ditolak. Menghormati org bukannya hanya pada memberi makanan yg mewah-mewah. Kadang2 hanya perlukan senyuman dan ramah kita melayannya. Gunalah duit rakyat untuk tujuan yang lebih aula drp untuk keseronokkan golongan tertentu.
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment