Memandangkan semalam aku masih bercuti rehat, maka untuk mengisi masa yg ada aku ajak isteri pi membakar lemak dengan mendaki bukit Broga di Semenyih. Niat dihati nak mendaki gunung terus. Memandangkan ini kali pertama mendaki selepas rehat panjang dan ajak isteri sekali, jadinya naik bukit je lah dulu. Ini first time aku pi naik bukit broga.
Sampai di kaki bukit kena parking dalam ladang sawit dan kena bayar parking RM2. Tuan tanah kedaun kenakan bayaran parking sebab letak kereta kat tanahnya. Aku sampai jam 8.00 pagi, kebanyakkan org dah turun. Gamaknya depa naik jam 7.00 pagi kot. Trek naik bukit broga ni adalah trek tanah merah. Treknya teduh dan sedikit mencabar untuk first timer. Baru mendaki 10 minit bercucuran peluh membasahi baju. Sang isteri naik merah muka-muka hahahaha..kata nak turukan berat badan inilah kaedahnya.
Sampai ke atas bukit broga dah panas terik. Jam baru pukul 8.30 pagi. 30 minit aja dah sampai atas bukit ni dengan jarak lebih kurang 1.7km. Jadilah untuk kali ini, next time boleh pi jauh lagi ke gunung apa ntah namanya selepas bukit broga ni. Berjalan turun sekejab je dah sampai. Tapi lutut mau kuat kalau tak boleh tersungkur la juga.
No comments:
Post a Comment