Pagi aku merasa sayu dan sedih apabila membaca berita di Harian Metro Online mengenai seorang insan bernama Abdul Hadi Abd Halim yang terlantar di rumah. Beliau yang baru berumur 19 tahun telah kehilangan separuh tempurung kepalanya dan hanya mampu terbaring dan makan minum melalui tiub.
Ini adalah salah satu kisah kesusahan saudara seIslam kita yang menderita akibat kemalangan. Lihatlah jumlah bantuan yang diterima oleh JKM hanya RM300 sebulan. Dengan kos yang meningkat sekarang, wang tersebut hanya dapat membantu sedikit sangat untuk keluarga ini. Sepatutnya tambahlah jumlah bantuan mengikut kes-kes. Jika kes kronik, suami pula dah meninggal dan ibu tunggal pula tidak dapat bekerja kerana menjaga anak, jumlah bantuan kena lah bagi lebih. Dipohon supaya pihak kerajaan dan Baitulmal memandang serius perkara ini dan membantu keluarga ini dan orang-orang yang lain.
Setiap tahun kita asyik membaca Laporan Audit Negara yang menceritakan pelbagai jenis pembaziran wang negara yang berjumlah ratusan jutaan ringgit. Sampai bila perkara ini harus dihadapi oleh rakyat Malaysia. Alangkah baiknya wang itu dapat digunakan untuk membantu golongan-golongan yang susah seperti keluarga diatas.
Setiap tahun jumlah pembayar zakat dan terimaan duit zakat bertambah. Namun bertambah juga kita membaca dan melihat orang-orang Islam yang susah tidak dapat bantuan. Sepatutnya tidak ada lagi orang Islam yang menderita dan hidup melarat tidak mempunyai rumah dan makanan di dengari. Sesuatu mesti dilakukan.
Wassalam
No comments:
Post a Comment