Friday, 4 October 2013

JANGAN POTONG BULU DAN KUKU JIKA BERKORBAN

Pagi tadi sedang memandu dan mendengar radio IKIM FM. Ada seorang Ustaz menyakan bahawa jika mengikut hisab hari ahad ini adalah 1 Zulhijjah. Oleh itu disunatkan kepada orang yang hendak melakukan ibadah korban supaya jangan memotong kuku, rambut, janggut atau bulu-bulu yang lain bermula awal Zulhijjah sehinggalah selesai ibadat korban kerana Allah SWT akan merdekakan semua anggota badan.
 
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Dzulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya.”.
(Hadith Riwayat Muslim)
 
Suka diingatkan supaya kita memotong kuku, rambut, janggut, misai, bulu air-ari dan lain-lain selewat-lewatnya esok yakni hari sabtu 5.10.2013 bersamaan 29 zulkaedah 1434 Hijrah. Sekiranya kita hendak membuat korban maka disarankan supaya kita juga mengambil kesempatan untuk menambah dan merebut lebih pahala terhadap perkara-perkara yang sunat.

wassalam...

No comments:

Post a Comment