Tuesday, 1 October 2013

RAHSIA MENJADI KAYA

Aku nak berkongsi tips untuk menjadi kaya. Jika kita secara istiqamah melakukannya confirm kita akan kaya. Tipsnya nampak mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya. Jika kita hendak kaya petuanya adalah BERSEDEKAH. Bersedekah secara berterusan akan menjadikan kita kaya harta benda, kaya jiwa dan murah rezeki. INI ADALAH JANJI ALLAH. Jika kita orang Islam adakah kita tidak percaya dengan janji Allah. Janji Allah itu maha benar. Niat mesti betul berdedekah kerana Allah.

Tidakah kita gembira melihat orang lain gembira
 
KENAPA BERSEDEKAH BOLEH JADI KAYA:
 
1) 1 kita sedekah Allah balas 700 kali ganda.
 
Allah berfirman maksudnya:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .                                              
(Al Baqarah (2) : 261)
 
 
2) Banyak kita beri banyak kita dapat.
 
Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
 
3) Rezeki daripada sumber yang tidak kita sangka dan terpikir.
 
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)
 
MULAI SEKARANG MARILAH KITA TANAMKAN AZAM UNTUK SELALU BERSEDEKAH. SEDEKAH TIDAK PERLU BANYAK SEDIKIT PUN OK TETAPI BERTERUSAN. JIKA KITA BERSEDEKAH WAKTU KITA SUSAH ITU SEDEKAH YANG PALING BAIK. KALAU TIDAK MAMPU BERSEDEKAH WANG, KITA SEDEKAH SENYUMAN, BUAH FIKIRAN, TENAGA DLL ASALKAN NIAT KERANA ALLAH.
 
JANJI ALLAH ITU MAHA BENAR
 

No comments:

Post a Comment