Ada sesetengah kita begitu suka sangat bekerja. bos memang suka dengan pekerja yg suka bekerja keras tanpa menggira waktu rehat, cuti dan sebagainya. Sering juga kita dengar bos2 kita minta kita bekerja kuat untuk maju dalam kerjaya. Kalau boleh hari cuti pun mai kerja.
Adakah kita hidup ini matlamatnya adalah untuk bekerja dan mencari rezeki sahaja. Apa yg aku belajaq dan dengar ceramah agama, matlamat hidup kita adalah mencari bekalan untuk capai kebahgiaan akhirat. Adakah dengan kita bekerja kuat siang malam tanpa menjalankan tugas dan tanggungjawab lain memadai untuk bekalan akhirat. Kita ini ada berbagai peranan selain peranan sebagi pekerja. Kita ada peranan sbg hamba Allah, suami, ibu, ayah, anak, jiran, rakan, anak saudara dan sebagainya.
Jadi kerja itu bukanlah matlamat hidup kita semata2 tetapi adalah kelangsungan hidup untuk dapatkan rezeki supaya kita dapat memainkan peranan kita yg lain. Kita ada tanggungjawab lain selain bekerja. Sebagai bos atau org atasan kenalah faham dan bagi ruang kepada pekerja mereka untuk menjalankan tugas lain selain kerja sahaja.
Ada kes dimana ibu bapa sibuk bekerja sehinggakan tidak sempat melihat dan mengambil berat mengenai hal keluarga dan anak2. Lebih menyedikan lagi apabila anak2 pun tidak ambil peduli mengenai ibu bapa mereka. Kita mungkin berjaya menjadi pekerja yg baik, bagus dan cemerlang. Tapi bagaimana pula anak2 kita. Bagi aku jika anak2 gagal untuk menjadi hamba Allah yg baik adalah kegagalan kepada kita. Oleh itu Islam minta kita bersederhana dalam semua benda, jgn terlampau extreme.
Aku tulis entry ini adalah sebagi pencetus kepada kita untuk berfikir. Mungkin apa yg aku tulis ini tidak dipersetujui anda diluar sana. Tetapi anda harus percaya bahawa akhiratlah matlamat hidup kita yg sebenar benarnya. Kerja keras tak salah tapi harus ada batasnya. jangan sokmo dok kerja keras aje, tapi bendai lain tidak dibuat.
No comments:
Post a Comment