Monday, 21 October 2013

AKTIVITI HARI MINGGU

Pagi hari minggu ingat nak pi panjat bukit broga. Tapi tak jadi sebab petang semalam hujan. Kalu pi juga sure bermain dengan selut dan trek pun licin. Pagi ahad tukaq plan pi pasar borong selangor beli stok ikan untuk 2 minggu. Minggu ini dilaporkan ikan2 semua dalam keadaan baik dan harga berpatutan. Lepas beli ikan singgah nursery beli pasu, tanah dan polibeg. Projek pagi ini juga adalah gardening.

Lepas gardening lebih kurang 2 jam, hasil agak memuaskan. Pokok dibaja, disiram, disemai dan ditrim dgn baik. Dalam dok sembang2 dgn bini,,ingat nak buat kolam ikan la pulak. Sama ada nak buat sendiri atau upah indon. Kalau buat sendiri setahun baru siap gamaknya. Kalau upah 2 ke 3 minggu boleh siap. Berapa la pulak budgetnya, nak kena panggil quotation la nampaknya. Sebelum tu kena lakar dulu pelan kolamnya.

Tapi yg penting ada budgetnya. Kalau mahal sgt tak jadila... nak kena bentang belanjawan dulu. Esok dah kerja, rasa cam tak cukup je cuti 2 hari. Bila la nak dapat kerja 4 hari cuti 3 hari, baru dapat habiskan masa lebih untuk keluarga.

No comments:

Post a Comment